Panduan Pilih Minyak Gearbox CVT Mengikut Spesifikasi Kereta

Bila kali terakhir anda tukar minyak gearbox CVT?
Kalau jawapannya “entah”, ini masa sesuai untuk anda ambil tahu.

Ramai pemilik kereta secara umumnya tak sedar, salah pilih minyak gearbox boleh rosakkan sistem transmisi dan menyebabkan kos baik pulih mencecah ribuan ringgit.

Nak elak kereta “tersengguk”, rosak di tengah jalan atau gearbox cepat rosak? Jom kita tengok panduan ringkas ini.

Honda City, Gambar Ilustrasi dari Kecerdasan Buatan

1. Kenali Jenis Gearbox Anda

Pertama sekali, pastikan kereta anda benar-benar menggunakan CVT (Continuously Variable Transmission) dan bukan AT (Automatic Transmission). Contoh model popular yang gunakan CVT:

  • Perodua Myvi/Alza/Axia Baharu (D-CVT)
  • Proton Exora Bold
  • Honda City & Jazz (2014 ke atas)
  • Toyota Vios (varian CVT)

Baca : Apa itu Gearbox ? Pengenalan kepada gearbox

Baca : 9 tanda-tanda gearbox anda bermasalah

Perodua Myvi, Gambar Ilustrasi dari Kecerdasan Buatan

2. Rujuk Manual Kereta

Setiap pengeluar sudah tetapkan jenis minyak yang sesuai. Sebagai contoh:

  • Honda: Gunakan minyak CVTF seperti Honda HCF-2
  • Toyota: Gunakan Toyota CVT Fluid FE
  • Perodua: Biasanya menggunakan CVT FLUID dari Daihatsu/Perodua

Jangan tukar sesuka hati atau berdasarkan harga semata-mata.

3. Elak Guna ATF untuk Gearbox CVT

Minyak ATF (Automatic Transmission Fluid) TIDAK SESUAI untuk gearbox CVT. Tekstur, kelikatan, formula, additive semuanya berbeza. Silap guna, boleh merosakkan komponen dalaman seperti STEEL BELT, yang biasa korang tengok dan dengar steelbelt putus tu, rabak kalau kena ganti Steel Belt yang dah putus dalam gearbox.

4. Pilih Minyak Mengikut Piawaian OEM

Pastikan minyak yang anda beli ada label “CVT Compatible” dan memenuhi standard OEM (Original Equipment Manufacturer) kereta anda. Boleh guna brand aftermarket, TETAPI mestilah ada approval seperti SIRIM, SAE dan API

5. Tukar Minyak Secara Berkala

Cadangan umum:

  • Setiap 20,000km – 40,000km
  • Atau jika mula rasa simptom seperti:
    • Gear lambat masuk
    • RPM naik tapi kelajuan tak bertambah
    • Bunyi pelik masa tekan minyak

Tip Tambahan dari Gearbox CVT

Minyak CVT bukan sekadar “topping up”. Ia perlu disedut keluar sepenuhnya dan diganti. Untuk hasil dan impak yang optimum, buat flush CVT secara penuh, bukan sekadar drain & refill.

🔧 Masih Keliru Nak Pilih Minyak?

Tak perlu risau. Kami di gearboxcvt.com sedia bantu anda semak spesifikasi dan beri cadangan terbaik mengikut kesesuaian dan model kereta anda !


📞 Hubungi kami atau hantar mesej WhatsApp untuk rundingan percuma.

Jangan ambil mudah tentang minyak gearbox CVT. Salah pilih boleh bawa padah.

Rujuk manual, ikut spesifikasi, dan tukar pada waktunya. Kereta sihat, minda dan jiwa tenang, poket pun selamat.

Baca : Apa itu Gearbox ? Pengenalan kepada gearbox

Baca : 9 tanda-tanda gearbox anda bermasalah

Follow social media ini untuk mengetahui masalah gearbox kereta anda supaya tidak rosak di masa hadapan

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

Berita Industri & Teknologi Terkini
Bob - Gearbox Specialist

BYD vs Tesla: Siapa Raja EV di Malaysia?

Dunia automotif kini memasuki era kenderaan elektrik (EV), dan dua nama besar sering menjadi bualan – BYD dari China dan Tesla dari Amerika Syarikat. Kedua-duanya

Read More »

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories

Anda ada masalah gearbox?

Isi maklumat anda dibawah, kami akan menghubungi anda dengan segera!

Talian 24/7 jam!