Jika anda pemilik Perodua Bezza, pasti anda pernah mendengar isu-isu berkaitan gearbox yang boleh menjejaskan prestasi kereta anda. Daripada masalah nisbah gear tak stabil hingga minyak gearbox yang mudah terbakar, artikel ini akan membantu anda memahami masalah ini secara teknikal tetapi santai. Kami juga akan kongsikan penyelesaian terbaik untuk menjaga dan melindungi gearbox anda

1. Nisbah Gear Tak Stabil
Masalah ini biasanya berlaku apabila sistem transmisi tidak dapat mengekalkan kelancaran semasa pertukaran gear. Nisbah gear yang tidak stabil boleh menyebabkan pemanduan terasa tersentak-sentak, terutamanya ketika menukar gear pada kelajuan rendah.
Punca Utama:
- Minyak gearbox yang telah kehilangan kelikatan
- Sistem kawalan elektronik (TCM) bermasalah
- Perubahan Saiz Tayar: Saiz tayar yang lebih besar atau lebih kecil daripada standard boleh menjejaskan nisbah gear kerana ia mengubah putaran roda, seterusnya mempengaruhi prestasi transmisi.
Penyelesaian: Gunakan Minyak yang sesuai dan pastikan ia asli daripada pengeluar untuk memastikan kelancaran pertukaran gear dan mengurangkan geseran dalam sistem transmisi. Jika anda menukar saiz tayar, pastikan ia sesuai dengan spesifikasi pengilang untuk mengelakkan masalah nisbah gear.
2. Minyak Gearbox Mudah Terbakar
Jika anda perasan bau hangit dari bahagian enjin atau transmisi, ini mungkin petanda minyak gearbox anda sudah rosak akibat suhu dalaman yang terlalu tinggi. Minyak yang terbakar boleh menyebabkan kerosakan lebih serius pada komponen dalaman.
Baca : Minyak Gearbox Kotor Pembunuh Senyap ?
Punca Utama :
- Penggunaan minyak gearbox berkualiti rendah
- Sistem penyejukan gearbox tidak berfungsi dengan baik
Penyelesaian: Pastikan anda menggunakan Minyak yang sesuai dengan kereta anda, yang dirumus khas untuk menahan suhu tinggi dan melindungi komponen dalaman gearbox.
3. Kuasa Torque Engine Berubah
Perubahan kuasa torque pada enjin boleh mengganggu prestasi pemanduan, terutamanya ketika mendaki bukit atau memecut. Gearbox memainkan peranan penting dalam memastikan kuasa dari enjin dihantar dengan optimum.
Punca Utama:
- Komponen dalaman gearbox yang haus
- Minyak gearbox yang tidak mencukupi atau sudah tercemar
Penyelesaian: Lakukan servis gearbox secara berkala, saranannya adalah pada 20,000km-30,000km untuk memanjangkan hayat gearbox anda.
4. Klac Dalaman Gearbox Terbakar
Klac dalaman adalah salah satu komponen penting dalam sistem transmisi automatik. Jika klac ini terbakar, anda mungkin akan mengalami masalah gear slipping atau gear tidak masuk dengan betul.
Punca Utama:
- Geseran berlebihan akibat minyak gearbox yang tidak mencukupi
- Penggunaan transmisi yang terlalu berat (seperti towing kereta berat)
Penyelesaian: Gunakan produk pelincir yang asli dan yang berkualiti tinggi untuk mengurangkan risiko geseran dan melindungi klac dalaman.
5. Suhu Dalaman Gearbox Tak Stabil
Gearbox yang bekerja pada suhu tinggi dalam tempoh lama boleh mengalami kerosakan serius. Suhu dalaman yang tak stabil ini juga akan mempercepatkan degradasi minyak gearbox.
Punca Utama:
- Sistem penyejukan gearbox tidak berfungsi dengan baik
- Minyak gearbox kehilangan fungsi pelincirannya
Penyelesaian: Pastikan “Cooling System” penyejukan gearbox diperiksa secara berkala
Kesimpulan
Gearbox adalah komponen penting yang memastikan pemanduan lancar dan selesa, terutamanya untuk kereta seperti Perodua Bezza. Dengan memahami punca dan gejala masalah gearbox, anda boleh mengambil langkah proaktif untuk melindungi dan memanjangkan hayat sistem transmisi kereta anda. Jangan abaikan tanda-tanda awal kerosakan. Ingat, penjagaan yang baik bukan sahaja menjimatkan kos pembaikan tetapi juga memastikan keselamatan anda di jalan raya.
Sekian Terima Kasih, Assalamualaikum.