Minyak Gearbox Kotor Adalah “Pembunuh Senyap”

Minyak gearbox ni bukan sekadar pelincir biasa. Ia ibarat darah dalam sistem transmisi kereta kau. Bersih, segar, dan cukup sifat – barulah gear boleh bertukar dengan lancar tanpa gangguan. Tapi kalau minyak gearbox dah kotor, itu tanda bahaya yang ramai orang terlepas pandang.

Apa Jadi Bila Minyak Gearbox Kotor?

Minyak gearbox yang dah lama tak tukar akan dipenuhi dengan serpihan logam kecil, karbon, dan kotoran lain. Bila minyak kotor, ia tak lagi mampu melindungi gear dan komponen dalaman dengan baik. Hasilnya:

Geseran meningkat – Komponen dalam gearbox haus lebih cepat sebab tak cukup pelinciran.

Gear rasa berat & kasar – Waktu kau masuk gear, ada rasa sangkut-sangkut atau lambat nak bertukar.

Overheat – Minyak yang kotor tak boleh serap haba dengan baik, menyebabkan gearbox jadi terlalu panas.

Gearbox bocor – Minyak lama yang dah tercemar boleh buat seal dan gasket keras, akhirnya bocor.

Yang paling bahaya, kerosakan ni berlaku secara perlahan-lahan. Kau tak perasan sampai lah satu hari tiba-tiba gear tak masuk langsung atau berbunyi pelik.

Minyak Gearbox Kena Tukar Bila?

Setiap kereta ada jadual servis minyak gearbox yang berbeza, bergantung kepada jenis transmisi dan penggunaan:

ATF (Automatic Transmission Fluid) – Tukar setiap 20,000 – 30,000 km

CVT/DCVT/DCT Fluid – Tukar setiap 20,000 – 30,000 km (bergantung kepada spesifikasi kereta)

MTF (Manual Transmission Fluid) – Tukar setiap 60,000 – 80,000 km

Tapi kalau kau selalu memandu dalam trafik sesak, jalan berbukit, atau bawa beban berat, eloklah periksa dan tukar lebih awal.

Tanda-Tanda Minyak Gearbox Dah Kotor

Nak tahu bila minyak gearbox perlu ditukar? Perhatikan tanda-tanda ni:

Gear masuk tak lancar atau tersangkut

Ada bunyi pelik dari gearbox (humming, whining, grinding)

Minyak gearbox bertukar warna gelap atau bau terbakar

Gearbox terasa berat atau ada sentakan semasa pemanduan

Kalau dah nampak tanda-tanda ni, jangan tunggu lama. Minyak gearbox yang kotor boleh menyebabkan kos baik pulih gearbox melambung tinggi, sampai beribu-ribu ringgit!

Apa Solusi ?

1️⃣ Flush atau tukar minyak gearbox secara berkala – Pastikan guna minyak yang sesuai dengan spesifikasi kereta kita.

2️⃣ Gunakan minyak gearbox berkualiti tinggi – Jangan kompromi dengan minyak murah dan tiruan yang boleh merosakkan gearbox dalam jangka panjang.

3️⃣ Servis di bengkel yang pakar dalam transmisi – Bukan semua bengkel tahu cara tukar minyak gearbox dengan betul, terutama untuk sistem CVT/D-CVT dan DCT.

Boleh layari gearboxcvt.com untuk servis yang terbaik dan pertanyaan masalah gearbox kereta anda !

4️⃣ Gunakan additif atau rawatan gearbox – Ini boleh membantu menjaga kebersihan dan kecekapan minyak dalam jangka masa lebih lama.

Jangan Sampai Gearbox kong!

Minyak gearbox kotor adalah pembunuh senyap yang ramai orang tak sedar. Jangan tunggu sampai gearbox bermasalah baru nak ambil tindakan. Pastikan minyak gearbox kenderaan kita sentiasa bersih dan cukup supaya gear boleh berfungsi dengan lancar.

Baca : Kenapa CVT Semakin Popular di Malaysia ?

Tag Post :
Share This :

Recent Post

Dont Hesitate To Contact Us

Lorem ipsum dolor sit amet, consecte adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore dolore

Categories