Oil Cooler Perodua Bezza – Kecil, Tapi Boleh Selamatkan Gearbox Anda
Ramai ingat tukar ATF saja cukup untuk jaga gearbox. Tapi satu komponen kecil yang ramai tak ambil tahu sebenarnya memainkan peranan besar – Oil Cooler. Kalau r
Penyelenggaraan
Gearbox merupakan salah satu komponen penting dalam kereta yang berfungsi untuk menukar gear dan memastikan pemanduan yang lancar. Namun, seperti komponen lain,

Gearbox merupakan salah satu komponen penting dalam kereta yang berfungsi untuk menukar gear dan memastikan pemanduan yang lancar. Namun, seperti komponen lain, gearbox juga boleh mengalami kerosakan jika tidak diselenggara dengan betul. Berikut adalah 9 tanda-tanda bahawa gearbox kereta anda mungkin bermasalah:
Pernah tak alami situasi bila anda tukar gear ke D (Drive) atau R (Reverse), tapi kereta lambat bertindak balas? Kadang-kadang terasa seperti sentakan kecil berlaku. Ini mungkin petanda awal bahawa gearbox anda sudah mula mengalami masalah.
Bila anda memandu dan perasan kereta tak boleh melepasi kelajuan 90-100 km/h, kemungkinan besar gearbox sedang ‘merajuk’. Ini boleh disebabkan oleh gear yang tak berfungsi dengan baik, menyebabkan kuasa enjin tak dapat dihantar sepenuhnya ke roda.
Sekiranya kereta anda mula bergegar, jerking, atau menyentap pada kelajuan 70-80 km/h, ini adalah tanda bahawa peralihan gear tak berjalan lancar. Biasanya, ini berlaku apabila gearbox tidak dapat menukar gear dengan sempurna. Kebiasaanya, “jerking” ini berlaku kerana ketidakstabilan tekanan di dalam gearbox, disebabkan oleh seal getah dalaman gearbox sudah keras.
Dengar bunyi pelik keluar dari bahagian bawah kereta? Ini mungkin disebabkan oleh bearing dalam gearbox yang sudah haus. Pada kelajuan 60-70 km/h, bunyi ini mungkin lebih jelas, memberi petanda bahawa gearbox memerlukan perhatian segera.
Lampu amaran “AT” yang menyala pada panel meter ketika memandu pada kelajuan 80-90 km/h adalah satu lagi petanda bahawa ada masalah pada gearbox. Jangan abaikan tanda ini, kerana ia mungkin menunjukkan masalah serius yang memerlukan pemeriksaan segera.
Nak tahu harga semasa repair gearbox ? Boleh Klik Link DISINI
Bila mendaki bukit, dan kereta terasa kurang bertenaga atau terlalu berat, ia mungkin disebabkan oleh gearbox yang tidak berfungsi dengan baik. Masalah ini akan lebih ketara apabila gearbox tidak dapat menukar gear dengan sempurna.
Ini adalah tanda masalah yang serius. Jika kereta mati setiap kali anda cuba tukar ke Gear R atau D, ini bermakna gearbox mungkin mengalami kerosakan yang kritikal. Sebaiknya, jangan tunda untuk hantar kereta anda ke bengkel.
MENCARI BENGKEL YANG DIPERCAYAI ? KLIK LINK DISINI !
Minyak gearbox yang sihat biasanya berwarna merah cerah. Jika ia mula kelihatan gelap atau kehitaman, itu tanda minyak telah tercemar dan mungkin kehilangan keupayaan melindungi komponen dalaman. Ini boleh berlaku apabila kenderaan mengalami panas berlebihan, kehausan dalaman, atau kelewatan jadual servis.
Pastikan minyak gearbox ditukar secara berkala mengikut saranan pengeluar kenderaan, dan gunakan minyak yang berkualiti bagi menjamin kelancaran dan jangka hayat sistem transmisi anda. Pemeriksaan awal terhadap warna dan bau minyak juga boleh membantu mengesan masalah sebelum jadi lebih serius.
Setiap kali anda menukar gear, jika terasa seperti ada sentapan atau peralihan gear tidak lancar, ini adalah tanda bahawa gearbox mungkin sedang bermasalah. Gearbox yang sihat sepatutnya menukar gear dengan lembut dan lancar tanpa sebarang masalah.
Jika anda mengalami satu atau lebih tanda-tanda seperti di atas, eloklah periksa kenderaan anda seawal mungkin.
Gearbox merupakan komponen penting, dan masalah kecil yang dibiarkan boleh menjadi kerosakan besar tanpa disedari.
Pemeriksaan awal boleh menjimatkan kos, masa, dan mengelakkan situasi kecemasan di jalan raya.
Tak tahu nak periksa periksa dekat mana ? Boleh hubungi nombor ini untuk sebarang pertanyaan dan masalah
Jika kereta anda perlu di overhaul, Disini senarai harga yang anda boleh rujuk.
SENARAI HARGA REPAIR GEARBOX KERETA
Boleh juga follow social media ini lebih lagi info berkenaan kereta kesayangan anda !
Website : /contact/
Facebook : Dynamic Torque Ventures
Baca Seterusnya
Ramai ingat tukar ATF saja cukup untuk jaga gearbox. Tapi satu komponen kecil yang ramai tak ambil tahu sebenarnya memainkan peranan besar – Oil Cooler. Kalau r
Proton Exora merupakan MPV popular di Malaysia, terutamanya versi yang menggunakan sistem transmisi CVT. Walaupun Proton sudah tidak menghasilkan lagi MPV ini,
Ramai pemandu tidak sedar bahawa membawa beban berlebihan dalam kereta boleh menyebabkan kerosakan serius pada gearbox. Sama ada anda sering membawa barang bera
Perlu Bantuan?
Artikel ini adalah panduan umum. Untuk diagnosis tepat dan kos pembaikan, hubungi pakar gearbox berdekatan anda.
Tanya Pakar Sekarang