Overhaul Gearbox Proton Exora – Bila Perlu dan Apa Tanda Awalnya?
Proton Exora merupakan MPV popular di Malaysia, terutamanya versi yang menggunakan sistem transmisi CVT. Walaupun Proton sudah tidak menghasilkan lagi MPV ini,
Penyelenggaraan
Ramai ingat tukar ATF saja cukup untuk jaga gearbox. Tapi satu komponen kecil yang ramai tak ambil tahu sebenarnya memainkan peranan besar – Oil Cooler. Kalau r

Ramai ingat tukar ATF saja cukup untuk jaga gearbox. Tapi satu komponen kecil yang ramai tak ambil tahu sebenarnya memainkan peranan besar – Oil Cooler. Kalau rosak atau tersumbat, boleh jadi punca gearbox dan enjin rosak sekali jalan.
Oil cooler direka untuk menyejukkan minyak gearbox (transmission fluid). Ia bukan sekadar besi berliku, tapi ada laluan air dan minyak yang diasingkan oleh dinding nipis, membolehkan heat transfer berlaku dengan efisien.
Bayangkan: Minyak gearbox panas → masuk oil cooler → diserap haba oleh air → suhu turun → gearbox pun lega sikit.
Lama-kelamaan, komponen ini boleh haus, bocor, atau tersumbat. Jadi, disarankan tukar bila cecah 80,000km ke 120,000km, atau lebih awal jika ada simptom pelik.
Kalau anda perasan salah satu daripada ni, jangan abaikan:
Ya, Memang boleh sangat. Bila oil cooler tak berfungsi:
Enjin pun boleh kena tempias. Bila minyak dan air bercampur, enjin boleh “jammed” atau dalaman enjin mempunyai masalah.
Flush minyak gearbox ikut jadual Periksa oil cooler bila mileage sudah mencecah 50,000km ke atas Elakkan modifikasi besar pada enjin dan gearbox tanpa mengetahui kemampuan sistem penyejukan sedia ada. Jika ada modal lebih, upgrade sekali sistem penyejukan sedia ada. Tukar oil cooler bila mencecah 100,000km
Tak tahu nak check keadaan oil cooler dan servis gearbox anda ? Klik DISINI
Oil cooler bukan aksesori. Ia nyawa kepada gearbox. Tak nampak, tapi bila rosak – boleh makan ribuan ringgit.
Jadi sebelum kereta mula buat hal, lebih baik dapatkan pemeriksaan awal.
Tak tahu nak periksa di mana ? Boleh klik link disini
Pemeriksaan Oil Cooler Gearbox disini
Follow Akaun Media Sosial ini untuk lebih info berkenaan masalah kereta anda !
Website : /contact/
Facebook : Dynamic Torque Ventures
Baca Seterusnya
Proton Exora merupakan MPV popular di Malaysia, terutamanya versi yang menggunakan sistem transmisi CVT. Walaupun Proton sudah tidak menghasilkan lagi MPV ini,
Ramai pemandu tidak sedar bahawa membawa beban berlebihan dalam kereta boleh menyebabkan kerosakan serius pada gearbox. Sama ada anda sering membawa barang bera
Dalam post kali ini, kita akan mendalami sedikit tentang mekanisma torque converter dalam transmisi automatik, serta beberapa tips penjagaan yang boleh anda ama
Perlu Bantuan?
Artikel ini adalah panduan umum. Untuk diagnosis tepat dan kos pembaikan, hubungi pakar gearbox berdekatan anda.
Tanya Pakar Sekarang