Proton Saga 2026 MC3, Sedan Rakyat Kini Lebih Power, Lebih Pintar!
Proton nampaknya tak berhenti mendengar suara rakyat. Dengan pelancaran Proton Saga 2026 MC3, jenama nasional ini membuktikan bahawa “kereta rakyat marhaen” jug
Panduan Beli
Perkembangan & Hala Tuju Masa Hadapan Dalam Dunia Automotif TVET Bukan Sekadar Alat — Ia Akar Umbi Industri Bila kita sembang pasal industri automotif — dari

Bila kita sembang pasal industri automotif — dari mekanik gearbox sampai ke jurutera EV — semuanya bermula dari pendidikan teknikal yang betul.
Sebelum ada ECU, OBD2, atau CVT, Malaysia dah pun mula bangunkan sistem pendidikan kemahiran. Dan kat sinilah bermula kisah TVET pertama negara.
Politeknik pertama Malaysia Dibangunkan hasil kerjasama Malaysia – UNESCO – UNDP Fokus awal: melahirkan juruteknik dalam bidang elektrik, mekanikal & automotif Hari ini: Masih jadi rujukan dalam pendidikan vokasional & teknikal negara
Kalau kau pomen berpengalaman yang power hari ni — besar kemungkinan kau pernah dengar nama PUO.
Ditubuhkan bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kursus lebih fokus kepada hands-on skill Menyediakan tenaga kerja mahir untuk industri berat & bengkel automotif
Fokus kepada latihan kemahiran asas & mikro, terutamanya luar bandar Banyak melahirkan pomen, tukang paip, dan juruteknik permulaan Sampai hari ni, GiatMARA masih jadi laluan pantas untuk anak muda masuk bidang kemahiran
Kalau dulu TVET ni sinonim dengan ‘kolej kemahiran’, hari ni dah ada Universiti TVET pertama Malaysia:
Diumumkan sebagai universiti ekosistem TVET pertama Malaysia pada tahun 2021 Bawa status ‘University of Technology’ dengan hala tuju penuh teknikal Fokus pada program kejuruteraan, pembuatan, automotif & teknologi industri 4.0 Jadi simbol bahawa TVET bukan lagi laluan “kelas kedua” — tapi pilihan elit untuk kerjaya sebenar
Kalau kita nak lahirkan:
… maka akar dia ialah sistem TVET. Bukan semua benda boleh diajar dalam universiti teori semata. Dunia gearbox perlukan jiwa, tangan, telinga, dan otak yang kreatif dan berinovasi atas pengalaman, dan sentiasa beradaptasi dengan teknologi baharu — bukan nota semata-mata.
TVET kini mula rapatkan jurang dengan pemain industri seperti Perodua, Proton, dan vendor automotif. Dan juga Jenama besar dari China seperti BYD. Ada pelajar yang buat praktikal terus dalam assembly line atau R&D lab.
Pelajar TVET generasi baru akan diajar guna scanner OBD2, software diagnostik, serta analisa data fault code – untuk menjadi mekanik yang lebih berkarisma dan ada kredibiliti.
Dulu masuk TVET kerja bengkel je? Sekarang boleh jadi trainer, quality inspector, atau start bengkel sendiri dengan modal & skill.
Politeknik Ungku Omar mungkin permulaan, tapi masa depan TVET Malaysia dah semakin berkembang. Lebih lebih lagi dengan Zaman Kecerdasan Buatan (AI).
Dengan Dasar TVET Negara yang akan terus menggalakkan pelajar dan anak muda, menjadi manusia yang sentiasa produktif dan inovatif dalam menggerakkan ekonomi Malaysia terus gemilang di persada Antarabangsa
Kita tak lagi bercakap soal ‘belajar kemahiran sebab tak dapat universiti’. Belajar TVET bukan sebab pilihan kedua, bukan untuk orang yang “low-class” Hari ni, kita cakap pasal:
“Belajar TVET sebab aku nak jadi pakar dalam apa yang aku buat.”
Dan kalau anda minat kereta, automasi dalam automotif, minyak hitam, CVT serta suka berinovasi dalam dunia Transmisi, — ini mungkin laluan kerjaya yang anda cari.
Dynamic Torque Ventures merupakan salah salah satu pemain industri automotif di mana pengasasnya merupakan salah seorang pelajar Kolej Automotif yang terkemuka di Malaysia
Follow social media ini untuk mengetahui masalah kereta anda supaya tidak meragam di masa hadapan
Website : /contact/
Facebook : Dynamic Torque Ventures
Baca Seterusnya
Proton nampaknya tak berhenti mendengar suara rakyat. Dengan pelancaran Proton Saga 2026 MC3, jenama nasional ini membuktikan bahawa “kereta rakyat marhaen” jug
Bila sebut tentang kereta elektrik (EV), dua nama yang paling kerap muncul ialah BYD dan Tesla. Kedua-duanya adalah peneraju global dalam industri EV, tetapi me
Apa Itu Program BUDI95? BUDI95 ialah program subsidi petrol baharu Malaysia yang diumumkan oleh kerajaan sebagai pengganti kepada mekanisme subsidi pukal RON95
Perlu Bantuan?
Artikel ini adalah panduan umum. Untuk diagnosis tepat dan kos pembaikan, hubungi pakar gearbox berdekatan anda.
Tanya Pakar Sekarang