Proton Saga 2026 MC3, Sedan Rakyat Kini Lebih Power, Lebih Pintar!
Proton nampaknya tak berhenti mendengar suara rakyat. Dengan pelancaran Proton Saga 2026 MC3, jenama nasional ini membuktikan bahawa “kereta rakyat marhaen” jug
Panduan Beli
Apa Itu TVET & Kenapa Ia Penting Dalam Industri Automotif? TVET bukan istilah pelik dalam dunia automotif. Ia singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal d

TVET bukan istilah pelik dalam dunia automotif. Ia singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, satu laluan pendidikan yang fokus pada skil praktikal — bukan sekadar hafal teori dalam kelas.
Dalam konteks industri gearbox, CVT dan automotif moden, TVET ialah batu asas yang melahirkan tenaga kerja mahir: dari mekanik Gearbox CVT, Gearbox DCT, juruteknik ECU, wiring specialist, hinggalah ke mekanik pakar hybrid dan EV.
Boleh kata macam ni — tanpa TVET, siapa nak baiki gearbox kereta kita nanti?
Dasar TVET Negara 2030 adalah pelan kerajaan Malaysia untuk :
Dan paling penting — ubah persepsi bahawa TVET tu “second or low class”.
Sebaliknya, TVET kini dianggap laluan premium untuk bina kerjaya dalam bidang yang memang selalu ada permintaan — contohnya automotif.
Kalau anda pernah hadap masalah macam:
Maka anda akan tahu — mekanik yang betul-betul faham sistem gearbox sangat penting. Dan mekanik jenis ni biasanya lahir daripada program TVET yang betul.
Dengan kemasukan teknologi baru — seperti gearbox elektrik, hybrid transmission, dan sistem shift-by-wire, industri automotif perlukan lebih ramai tenaga kerja TVET yang mahir, adaptif, kreatif dan inovatif serta boleh belajar cepat seiring dengan kemunculan teknologi seperti AI dan automasi yang lain.
Kalau anda fikir masa depan kerjaya tu mesti pakai blazer & kerja pejabat, dan duduk depan PC, lebih baik anda fikir semula.
TVET 2030 sedang buka laluan kepada ribuan anak muda, bahkan jutaan rakyat Malaysia untuk jadi pakar automotif — dari bengkel bawah pokok ceri ke pit stop Formula 1 yang gah dipersada dunia.
“Kerja tangan, otak jalan, gaji pun halal.” Masa depan tak semestinya di menara kaca tinggi membelah awan — kadang-kadang, ia bermula dari bawah bahagian kereta yang di pandang enteng oleh masyarakat kebanyakan !
Baca Seterusnya
Proton nampaknya tak berhenti mendengar suara rakyat. Dengan pelancaran Proton Saga 2026 MC3, jenama nasional ini membuktikan bahawa “kereta rakyat marhaen” jug
Bila sebut tentang kereta elektrik (EV), dua nama yang paling kerap muncul ialah BYD dan Tesla. Kedua-duanya adalah peneraju global dalam industri EV, tetapi me
Apa Itu Program BUDI95? BUDI95 ialah program subsidi petrol baharu Malaysia yang diumumkan oleh kerajaan sebagai pengganti kepada mekanisme subsidi pukal RON95
Perlu Bantuan?
Artikel ini adalah panduan umum. Untuk diagnosis tepat dan kos pembaikan, hubungi pakar gearbox berdekatan anda.
Tanya Pakar Sekarang