Panduan Beli

BYD Atto 2 EV Kini Di Malaysia – EV Comel, Bergaya, dan Mesra Poket

24 Julai 2025 – BYD Sime Motors kini melancarkan satu lagi model elektrik baharu untuk pasaran Malaysia: BYD Atto 2, sebuah SUV kompak berkuasa elektrik yang di

3 minit baca
BYD Atto 2 EV Kini Di Malaysia – EV Comel, Bergaya, dan Mesra Poket

24 Julai 2025BYD Sime Motors kini melancarkan satu lagi model elektrik baharu untuk pasaran Malaysia: BYD Atto 2, sebuah SUV kompak berkuasa elektrik yang direka khas untuk pemandu bandar yang mahukan gaya moden dengan harga mampu milik.

Apa yang menarik? Ia hanya berharga RM100,000 atas jalan (tanpa insurans) – dan ini adalah model pemanduan sebelah kanan pertama yang dilancarkan secara rasmi di dunia!

Spesifikasi Utama Pada BYD Atto 2

Reka Bentuk Luar & Dalam

Dari segi penampilan, BYD Atto 2 memang nampak moden dan berani. Ia dilengkapi lampu hadapan LED yang tajam, dan di belakang, rekaan “infinity ring” memberi sentuhan unik dan premium.

Masuk ke dalam kabin, anda akan disambut dengan skrin besar 12.8 inci yang boleh diputarkan secara manual (menegak atau mendatar), kluster digital pemandu 8.8 inci, tempat duduk kulit vegan berlubang, pengecas telefon tanpa wayar, dan sambungan tanpa wayar Apple CarPlay serta Android Auto.

Sistem keselamatan pun lengkap – 6 beg udara, kamera 360 darjah, dan pelbagai ciri bantuan pemandu.

Dimensi & Saiz

Harga & Tawaran Menarik

Harga rasmi: RM100,000 sahaja (atas jalan, tanpa insurans)

Untuk 800 pembeli pertama, BYD Malaysia turut menawarkan:

Easy Charging Package Pengecas dinding percuma untuk rumah jenis landed. Kalau tinggal di apartmen? Anda akan dapat pengecas mudah alih, servis cuci kereta, dan bantuan EV rescue.

Easy Payment Package Tiada bayaran ansuran selama 6 bulan pertama. Sangat sesuai untuk mereka yang baru nak mula gunakan EV tanpa beban kewangan awal.

Waranti:

  • Kenderaan: 6 tahun / 150,000 km
  • Bateri: 8 tahun / 160,000 km
  • Motor EV: 8 tahun / 150,000 km

Siapa Yang Sesuai Pakai BYD Atto 2 Ini?

  • Pengguna bandar yang nak jimat minyak dan jaga alam sekitar
  • Anda yang baru nak cuba EV tapi tak nak yang terlalu besar atau terlalu mahal
  • Golongan muda yang nak gaya minimalis, comel tapi high-tech
  • Sesiapa yang nak rasa pengalaman EV penuh ciri moden tanpa modal besar

BYD Atto 2 bakal menjadi EV yang ramai dipandu ?

BYD Atto 2 membuktikan bahawa EV tak semestinya mahal atau membosankan. Dengan reka bentuk segar, fungsi pintar, dan harga mampu milik, model ini boleh jadi antara pilihan paling praktikal dan bergaya untuk pemandu Malaysia.

Jika anda masih berkira-kira nak beralih ke EV, ini mungkin masa yang paling sesuai untuk mulakan langkah pertama.

Teruskan ikuti gearboxcvt.com untuk lagi info automotif dan teknologi transmisi terkini !

Baca : 9 Tanda Gearbox anda rosak dan perlu dicegah awal !

Follow social media ini untuk mengetahui masalah kereta anda supaya tidak meragam di masa hadapan

Website : /contact/

Facebook : Dynamic Torque Ventures

Perlu Bantuan?

Ada masalah dengan gearbox kereta anda?

Artikel ini adalah panduan umum. Untuk diagnosis tepat dan kos pembaikan, hubungi pakar gearbox berdekatan anda.

Tanya Pakar Sekarang