Proton Saga 2026 MC3, Sedan Rakyat Kini Lebih Power, Lebih Pintar!
Proton nampaknya tak berhenti mendengar suara rakyat. Dengan pelancaran Proton Saga 2026 MC3, jenama nasional ini membuktikan bahawa “kereta rakyat marhaen” jug
Panduan Beli
Kalau kita sembang pasal kereta Malaysia, mesti nama Proton atau Perodua yang naik dulu. Tapi, ramai tak tahu sebenarnya Malaysia ada satu lagi jenama kereta ya

Kalau kita sembang pasal kereta Malaysia, mesti nama Proton atau Perodua yang naik dulu. Tapi, ramai tak tahu sebenarnya Malaysia ada satu lagi jenama kereta yang sangat unik, Bufori – kereta klasik moden yang dibuat dengan tangan, dengan sentuhan seni dari pemikir yang kreatif dan kritis dalam menyerlahkan idea yang luar biasa dalam pembuatan kereta.
Bufori bukan jenama biasa. Ia lahir pada hujung 1980-an di Sydney, Australia, hasil idea tiga beradik Khouri (asal Lubnan, lahir Australia). Nama Bufori sendiri datang daripada singkatan: Beautiful, Unique, Fantastic, Original, Romantic, Irresistible.
Kereta ni memang lain macam. Dari luar nampak gaya klasik ala 1930-an, tapi dalamnya penuh teknologi moden, enjin power, dan interior mewah setanding Bentley atau Rolls Royce. Setiap unit dibuat custom-made, ikut selera pemilik. Boleh kata Bufori ni macam “tailor-made suit”, tapi dalam bentuk kereta.
Awalnya Bufori beroperasi di Australia. Tapi bila masuk era 1990-an, mereka pindahkan operasi ke Malaysia. Kenapa?
Sejak itu, kilang Bufori beroperasi di Kepong, Kuala Lumpur. Menariknya, walaupun ramai orang Malaysia sendiri tak pernah nampak Bufori di jalan raya, jenama ini sebenarnya dieksport ke luar negara untuk golongan VIP dan kolektor.
Bufori mungkin bukan kereta rakyat macam Proton, tapi ia bukti bahawa Malaysia juga mampu hasilkan kereta yang unik, mewah, dan bertaraf dunia. Kalau Proton lambang kereta nasional, Bufori pula lambang kereta artisan Malaysia yang penuh seni.
Follow social media ini untuk mengetahui masalah kereta anda supaya tidak rosak di masa hadapan
Website : /contact/
Facebook : Dynamic Torque Ventures
Baca Seterusnya
Proton nampaknya tak berhenti mendengar suara rakyat. Dengan pelancaran Proton Saga 2026 MC3, jenama nasional ini membuktikan bahawa “kereta rakyat marhaen” jug
Bila sebut tentang kereta elektrik (EV), dua nama yang paling kerap muncul ialah BYD dan Tesla. Kedua-duanya adalah peneraju global dalam industri EV, tetapi me
Apa Itu Program BUDI95? BUDI95 ialah program subsidi petrol baharu Malaysia yang diumumkan oleh kerajaan sebagai pengganti kepada mekanisme subsidi pukal RON95
Perlu Bantuan?
Artikel ini adalah panduan umum. Untuk diagnosis tepat dan kos pembaikan, hubungi pakar gearbox berdekatan anda.
Tanya Pakar Sekarang