Cara Jaga CVT: 10 Tips Penjagaan Gearbox Supaya Tahan Lebih Lama
Gearbox CVT terkenal kerana pemanduannya yang lancar, penggunaan bahan api yang efisien dan pengalaman memandu yang selesa. Tetapi seperti mana-mana komponen me
CVT
Tidak asing lagi di Malaysia, Perodua merupakan jenama tempatan yang paling banyak digunakan di atas jalan raya di malaysia. Tahukah anda ? Lima model Perodua m

Tidak asing lagi di Malaysia, Perodua merupakan jenama tempatan yang paling banyak digunakan di atas jalan raya di malaysia. Tahukah anda ? Lima model Perodua memasuki ranking Top 10 kenderaan paling popular pada tahun 2024. Malahan pula, tiga kedudukan teratas didominasi oleh Model Perodua iaitu, Bezza, Myvi dan Axia.
Toyota pula sudah memasuki pasaran Malaysia sejak tahun 1950-an. Pada tahun 1968, kilang pertama Toyota di Shah Alam menjadi antara pencetus Model kereta CKD yang terawal di Malaysia.
Baca : Kenapa gearbox CVT semakin popular dalam kalangan pengeluar kereta ?
Pengenalan Gearbox DCVT: Apakah Mekanisme Baharu Ini?
Dalam dunia automotif, teknologi semakin maju dengan pelbagai inovasi baru yang diperkenalkan. Salah satu inovasi yang menarik perhatian ialah penggunaan Gearbox Dual Continuous Variable Transmission (D-CVT). Pada kali ini, kita akan melihat dua jenama terkenal, Perodua dan Toyota, yang menggunakan teknologi DCVT dalam kenderaan mereka. Tapi, apakah sebenarnya DCVT ini dan bagaimana ia berbeza antara Perodua dan Toyota?
Gearbox D-CVT Perodua: Gearbox D-CVT yang digunakan oleh Perodua dikembangkan hasil kerjasama dengan Daihatsu, sebuah syarikat Jepun yang terkenal dengan pembangunan teknologi kompak. Gearbox ini direka khas untuk memberikan pemanduan yang lebih lancar dan penjimatan bahan api yang lebih baik. Teknologi yang digunakan dalam D-CVT Perodua adalah berasaskan prinsip CVT konvensional tetapi dengan penambahan gear untuk memperbaiki nisbah penghantaran kuasa, memberikan lebih responsif dan kestabilan. Pada awal pergerakan, dalam kelajuan 0km/h – 60km/h, gearbox menggunakan mekanisma konvensional CVT. Jika telah sampai pada kelajuan 60km/h, Sistem D-CVT diaktifkan dengan berlakunya pergerakan pada gear yang mengawal nisbah dan kelajuan pada tahap yang bersesuaian.
Gearbox D-CVT Toyota: Manakala, Gearbox D-CVT Toyota pula dihasilkan di Jepun dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih. Toyota menambah baik teknologi CVT dengan menggabungkan gear permulaan (launch gear) dalam sistemnya, yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi permulaan dari keadaan berhenti. Ini menjadikan pemanduan lebih lancar dengan kurang gangguan ketika perubahan kelajuan. Jadi ia sedikit berlainan dengan sistem D-CVT Perodua. Sistem direct-shift digunakan untuk pelancaran gear yang meningkatkan prestasi pecutan dan torque pada awal pergerakan kenderaan.
Walaupun D-CVT menawarkan pelbagai kelebihan, terdapat juga beberapa masalah yang sering dihadapi pengguna:
1. Masalah Pada Gearbox D-CVT Perodua:
2. Masalah Pada Gearbox D-CVT Toyota:
ADA MASALAH D-CVT TOYOTA DAN PERODUA ? KLIK DISINI !
Gearbox D-CVT Perodua:
Gearbox D-CVT Toyota:
Jika anda mengalami masalah pada gearbox DCVT, berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu:
Nak tahu harga terkini Overhaul Gearbox, lebih-lebih lagi kereta D-CVT ? Klik link disini
Dengan memahami mekanisme dan potensi masalah pada gearbox D-CVT, anda boleh mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif untuk memastikan kenderaan anda berfungsi dengan baik dan memanjangkan jangka hayat gearbox anda.
Jika anda mempunyai tanda-tanda awal masalah gearbox, boleh klik link disini untuk segala pertanyaan dan solusi yang dapat menjimatkan poket anda
Pertanyaan Masalah Gearbox di sini
Ingat ! Jangan lupa untuk sentiasa merujuk kepada pakar untuk penyelenggaraan yang lebih mendalam dan mendapatkan nasihat yang terbaik. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian. Harap bermanfaat buat anda semua. Nanti perkongsian yang lebih menarik dan bermanfaat dalam penulisan yang lain. Terus follow ya !
Boleh juga follow social media ini untuk sebarang info dan masalah berkenaan gearbox kereta anda !
Website : /contact/
Facebook : Dynamic Torque Ventures
Baca Seterusnya
Gearbox CVT terkenal kerana pemanduannya yang lancar, penggunaan bahan api yang efisien dan pengalaman memandu yang selesa. Tetapi seperti mana-mana komponen me
Apabila gearbox CVT mula bermasalah, ramai pemilik kereta akan berdepan satu soalan besar: “Perlu repair atau terus tukar gearbox?” Jawapan ini tidak semudah ya
Tiba-tiba lampu Check Engine menyala di dashboard? Atau lebih membimbangkan, lampu D (Drive) mula berkelip ketika memandu? Ramai pemilik kereta panik apabila me
Perlu Bantuan?
Artikel ini adalah panduan umum. Untuk diagnosis tepat dan kos pembaikan, hubungi pakar gearbox berdekatan anda.
Tanya Pakar Sekarang