CVT Specialist vs Kedai Biasa: Kenapa Pemilik Honda Semakin Memilih Specialist ?
Apabila lampu gearbox menyala, CVT mula slip atau kereta terasa tidak normal, kebanyakan pemilik Honda akan berdepan satu keputusan penting: Pergi ke bengkel bi
Transmisi Automatik
Pernah tak anda ke bengkel, lepas mekanik cucuk OBD scanner terus keluar macam-macam masalah? Tiba-tiba dia cakap, “Kena overhaul ni bang, gearbox dah kong.” Ha

Pernah tak anda ke bengkel, lepas mekanik cucuk OBD scanner terus keluar macam-macam masalah? Tiba-tiba dia cakap, “Kena overhaul ni bang, gearbox dah kong.” Hati dah tak tenang sebab memikirkan berapa banyak kena keluar kos, rosak teruk ke kereta aku ni? berapa lama kereta aku kena sidai dekat bengkel, macam mana aku nak bergerak tanpa kereta ni ?
Tapi… betul ke? Atau sebenarnya anda sedang di scam atau di “kencing”?
Fault Code atau nama teknikalnya DTC (Diagnostic Trouble Code) ialah kod ralat yang keluar bila sistem komputer kereta kesan masalah dalam enjin atau transmisi.
Kod ini dibaca menggunakan alat OBD2 scanner, dan setiap kod ada maksud tersendiri.
Contoh kod biasa:
Nota: Kod bermula dengan “P” merujuk kepada Powertrain, iaitu bahagian enjin dan gearbox.
Ramai pengguna kereta terus panik bila nampak lampu Check Engine menyala, atau bila mekanik tunjuk kod pelik. Tapi hakikatnya…
Bukan semua kod bermaksud anda perlu tukar gearbox atau overhaul enjin.
Contohnya, kod P0740 (Torque Converter Clutch Circuit Malfunction) mungkin hanya berpunca daripada minyak gearbox yang dah kotor atau tekanan hidraulik yang tak stabil.
Solusi?
Cuba Servis Minyak Gearbox anda dan tukar Auto Filter dahulu.
Ambil gambar kod OBD yang keluar dari scanner Semak makna kod di laman seperti gearboxcvt.com Minta second opinion, jangan terus setuju buat kerja berat Pertimbangkan rawatan awal, bukan terus overhaul
Jangan jadi mangsa kerana kurang ilmu dan kesedaran berkenaan “fault code” ini. Bila lampu check engine menyala, SILA AMBIL TAHU APA PUNCANYA. Sebahagian besar masalah boleh dibaiki awal dengan kos rendah jika dikesan cepat.
Di gearboxcvt.com, kami bantu anda faham fault code dan buat pilihan bijak. Bukan semua masalah gearbox perlu di overhaul – kadang-kadang cukup dengan tukar sensor, rawatan yang simple seperti tukar minyak gearbox dan tukar auto filter
Ingin semak simptom kerosakan gearbox dan kos anggaran harga? Klik butang WhatsApp di sini dan team kami akan bantu anda.
Baca : Apa itu Gearbox ? Pengenalan kepada gearbox
Baca : 9 tanda-tanda gearbox anda bermasalah
Follow social media ini untuk mengetahui masalah gearbox kereta anda supaya tidak rosak di masa hadapan
Facebook : Dynamic Torque Ventures
Baca Seterusnya
Apabila lampu gearbox menyala, CVT mula slip atau kereta terasa tidak normal, kebanyakan pemilik Honda akan berdepan satu keputusan penting: Pergi ke bengkel bi
Antara soalan paling popular yang dicari oleh pemilik kereta apabila gearbox mula bermasalah ialah: “Berapa sebenarnya harga repair gearbox?” Jawapan jujurnya:
Apabila gearbox CVT rosak, ramai pemilik kereta hanya fokus kepada satu perkara: “Berapa kos repair?” Tetapi ada satu soalan yang sebenarnya sama penting: “Lepa
Perlu Bantuan?
Artikel ini adalah panduan umum. Untuk diagnosis tepat dan kos pembaikan, hubungi pakar gearbox berdekatan anda.
Tanya Pakar Sekarang