Pulley – Komponen Kecil, Tapi Jadi Nadi Gearbox CVT?

Apa Itu Pulley?

Pulley, atau takal, adalah cakera bulat yang digunakan untuk menyalurkan kuasa dalam pelbagai sistem mekanikal. Dalam dunia automotif, terutama transmisi jenis CVT (Continuously Variable Transmission), pulley memainkan peranan sangat penting dalam menentukan prestasi dan kelancaran pemanduan.

Sumber : eBay

Sejarah Ringkas Pulley

Pulley bukan ciptaan moden. Ia telah digunakan sejak zaman Mesir purba untuk mengangkat batu piramid. Dalam revolusi industri, pulley mula menjadi asas kepada mesin-mesin kilang. Bila enjin moden muncul, pulley menjadi elemen utama dalam sistem enjin dan penghantaran kuasa — dari timing belt sehinggalah kepada sistem CVT hari ini.

Baca : Kenapa Gearbox CVT makin banyak atas jalan raya ?

Bagaimana Pulley Berfungsi Dalam CVT?

Tidak seperti gearbox automatik biasa yang guna set gear tetap, sistem CVT menggunakan dua pulley berubah saiz — primary dan secondary. Kedua-dua pulley ini dikawal oleh tekanan hidraulik atau elektronik dan berfungsi untuk menukar nisbah gear secara lancar mengikut kelajuan kereta dan beban enjin.

Pulley CVT terdiri daripada:

  • Primary Pulley – Sambung terus ke enjin atau torque converter
  • Secondary Pulley – Hantar kuasa ke tayar.

Baca : Apa itu Torque Converter ? Penting ke dalam mekanisma perjalanan Gearbox ni ?

Apabila satu pulley membesar, satu lagi mengecil — menukar nisbah gear secara berterusan tanpa “step” seperti gearbox biasa. Inilah sebab CVT terasa lebih “smooth” semasa pemanduan.

Kenapa Pulley Ini Penting?

Pulley yang rosak, haus, atau longgar boleh menyebabkan:

  • Slipping belt
  • RPM naik, tapi kereta tak laju
  • Bunyi mendecit atau bergetar masa memecut
  • Kerosakan major pada gearbox CVT

Pemeriksaan berkala pulley boleh selamatkan anda ribuan ringgit dari kerosakan gearbox.

Bila Perlu Periksa Pulley?

  • Bila anda rasa “power loss” semasa pemanduan.
  • Bila enjin berbunyi kuat, tapi kereta tak pick-up.
  • Bila lampu amaran gearbox menyala.
  • Bila ada bunyi pelik bila tekan minyak.

Baca : Kenali apa itu FAULT CODE sebelum anda ditipu !!

Pulley mungkin tak nampak gah macam gear atau clutch plate, tapi ia komponen paling kritikal dalam sistem CVT. Jangan tunggu sampai rosak — buat pemeriksaan CVT anda hari ini. Nak tahu kondisi pulley kereta anda?

Boleh Hubungi Kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

HUBUNGI KAMI DISINI

LOKASI BENGKEL DISINI

Follow social media ini untuk mengetahui masalah gearbox kereta anda supaya tidak rosak di masa hadapan

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

Berita Industri & Teknologi Terkini
Bob - Gearbox Specialist

BYD vs Tesla: Siapa Raja EV di Malaysia?

Dunia automotif kini memasuki era kenderaan elektrik (EV), dan dua nama besar sering menjadi bualan – BYD dari China dan Tesla dari Amerika Syarikat. Kedua-duanya

Read More »

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories

Anda ada masalah gearbox?

Isi maklumat anda dibawah, kami akan menghubungi anda dengan segera!

Talian 24/7 jam!