Gearbox kereta anda ni ibarat otak yang setting kelajuan kereta kita – kalau tak jaga elok, memang boleh meragam macam “awek” kita, situasi jadi lagi pening bila “breakdown” tengah jalan. Nak pujuk, kompem pening kepala makan ribu riban. Tetapi, tahukah anda, cara anda memandu juga ada impak besar pada jangka hayat gearbox? Kalau belum tahu, meh sini kita sembang santai sikit pasal perkara ni.
Ada 3 Jenis Cara Pemanduan yang rata-rata Pemandu di Malaysia amalkan. Lagi-Lagi yang nombor 2 dan nombor 3. Mari kita bincangkan !
1. Pemanduan Normal
Pemanduan normal ni untuk kaki pemandu yang tenang je, jenis keluar rumah pagi-pagi nak pergi kerja, jalan pun rileks ikut speed limit. Kalau anda memandu cara ni, bagus! Gearbox anda tersenyum lebar. Tapi, jangan lupa tukar minyak gearbox ikut jadual, ye. Minyak gearbox yang bersih itu umpama “spa day and me time” untuk gearbox anda.
2. Pemanduan Severe (Kasar)
Severe ni macam pemanduan yang asyik tersekat-sekat dalam jammed setiap hari, pergi balik ofis. Gearbox kerja keras nak tukar gear sebab asyik tekan minyak, tekan brake, ulang-ulang. Kalau ini gaya hidup kereta anda, minyak gearbox kena kerap tukar. Anggap je macam “minyak urut” untuk gearbox. Kalau tak, confirm dia letih dan boleh “give up.”
3. Pemanduan Hard (Agresif)
Ni untuk geng pemandu acah-acah Dominic Toretto “Fast & Furious” wannabe. Semua corner nak ambil macam drift, pedal minyak pijak sampai berdiri. Kalau ini gaya anda, bersedia je la untuk jangka hayat gearbox pendek. Minyak gearbox kena top notch, dan lebih baik guna multi-grade oil yang tahan suhu tinggi. Jangan lupa, gearbox anda bukan Iron Man.
Jadi, apa antara langkah penjagaan untuk memanjangkan jangka hayat gearbox anda ?
1. Tukar Minyak Gearbox Secara Konsisten Mengikut Jadual
Minyak gearbox ni macam “darah” untuk sistem transmisi kereta. Kalau dah hitam legam atau berbau hangit, itu tanda dia minta diganti. Jangan tunggu sampai gearbox buat bunyi pelik baru nak ambil tindakan. Timing tukar minyak gearbox ni sangat penting ! Kalau tak, gearbox confirm cepat “kong”.
2. Memastikan Minyak gearbox beroperasi dalam “Suhu Kerja”
Minyak gearbox ada suhu kerja optimum, sekitar 80-100°C. Kalau suhu naik melampau (contohnya, bila asyik bawa kereta mendaki bukit), minyak boleh hilang keupayaan pelincirannya. Jadi, elakkan overload gearbox anda. Kalau gearbox anda boleh cakap, confirm dia mintak “rehat kejap boss, please.”
3. Guna Minyak Multi-Grade
Minyak multi-grade ni macam hero serba boleh – dia boleh berfungsi elok dalam pelbagai suhu. Kalau cuaca panas atau sejuk, minyak ni masih steady. Penting untuk pemandu yang suka travel jauh atau yang selalu kena tempuh pelbagai jenis cuaca.
Kesimpulan
Tak kisah anda pemandu jenis normal, kasar, atau agresif, kunci utama jaga gearbox ialah PENJAGAAN BERTERUSAN. Tukar minyak gearbox ikut jadual, elak overheat, dan guna minyak yang sesuai dengan kereta anda. Kereta bukan saja perlu kelihatan cantik luar, tapi dalaman (gearbox) pun kena tip-top!
Sekian dari saya, Assalamualaikum.