Masalah Torque Converter: Kod P0740 & P0741 – Apa Maksudnya dan Apa Nak Buat

Kalau lampu Check Engine menyala dan keluar kod P0740 atau P0741, itu tanda besar ada masalah pada Torque Converter Clutch (TCC).

Jangan ambil mudah ya ! Ini boleh menjejaskan prestasi gearbox anda dan kos baik pulih boleh jadi tinggi kalau dibiarkan.

Apa Itu Kod P0740?

Torque Converter Clutch Circuit Malfunction – Maksudnya sistem elektronik yang kawal TCC tak berfungsi seperti sepatutnya.

Simptom yang mungkin di alami:

  • RPM tinggi semasa pandu biasa
  • Gear lambat tukar atau menendang
  • Gear slipping
  • Lampu “Check Engine” menyala
  • Fuel consumption makin kuat

Antara Punca Kemungkinan:

  • Torque converter rosak
  • Solenoid TCC rosak
  • Minyak gearbox kotor atau kurang
  • Masalah wayar atau soket
  • ECU/TCM bermasalah

Apa Itu Kod P0741?

Torque Converter Lockup Revolution – Maksudnya clutch dalam torque converter tak melekat (lock) seperti sepatutnya walaupun ECU arahkan.

Simptom yang mungkin di alami:

  • Sama seperti P0740
  • Fuel consumption tidak seperti biasa
  • Shuddering/Jerking atau terasa tersangkut semasa cruising
  • Gearbox cepat overheat

Antara Punca Kemungkinan:

  • Torque Converter haus, Clutch dalam Torque Converter menipis/rosak
  • Tidak menjaga servis Minyak Gearbox
  • Saluran minyak dalam gearbox tersumbat
  • Solenoid TCC bermasalah
  • Masalah dalaman gearbox

Jadi, Apa Tindakan Anda ?

  1. Semak minyak gearbox dulu – cukup atau tidak, kotor atau tidak.
  2. Tukar minyak & filter (jika dah lama tak servis).
  3. Scan dan test solenoid TCC.
  4. Check wiring – mungkin ada wayar putus atau soket longgar.
  5. Kalau semua masih gagal – Torque Converter perlu dibaiki atau Gearbox mungkin perlu dirombak rawat/Overhaul

Tak tahu nak check dan scan di mana?

Dapatkan scan dan check gearbox atau terus booking untuk full inspection kenderaan anda !

👉 Klik sini: Scan dan Check Kereta disini

Baca : Apa itu Gearbox ? Pengenalan kepada gearbox

Baca : 9 tanda-tanda gearbox anda bermasalah

Follow social media ini untuk mengetahui masalah gearbox kereta anda supaya tidak rosak di masa hadapan

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories