Masa Depan Automotif Malaysia Bermula di Bengkel TVET – Bukan Sekadar Belajar, Tapi Menjadi Pakar!

“Kereta moden, bengkel moden – mekanik pun kena moden!”
Begitulah realitinya sekarang, bila dunia automotif berkembang pesat, kita perlukan lebih ramai tenaga mahir yang bukan sekadar tahu tukar minyak hitam — tapi faham sensor CVT, diagnose ATF terbakar, dan coding fault code terus dari scanner.

Dan berita baiknya? Anak muda Malaysia semakin minat bidang ni !

Apa Cerita TVET & Automotif Sekarang?

Baru-baru ni, Dato’ Menteri Besar Selangor umumkan sesuatu yang buat kita semua tersenyumTVET kini semakin mendapat tempat di hati anak muda. Malah, institusi TVET di Selangor menerima permintaan luar biasa, penuh dengan pelajar yang nak belajar bidang teknikal, termasuk automotif.

Kalau dulu, orang fikir TVET ni “last choice”, sekarang jadi “first pick”. Kenapa?

  • Kerjaya automotif bukan lagi kerja kotor, tapi kerja berteknologi tinggi.
  • Gaji mekanik mahir sekarang boleh lawan gaji corporate.
  • Pasaran EV & gearbox CVT perlukan pakar baru setiap tahun.

Baca : Dasar TVET Negara 2030, apa kebaikan untuk kita ?

Kenapa Industri Gearbox & CVT Patut Ambil Peluang Ni?

Sebab mudah — permintaan untuk kepakaran gearbox meningkat, tapi jumlah mekanik mahir masih belum cukup. Dengan CVT jadi standard baru kereta-kereta Jepun & lokal seperti Perodua dan Proton, bengkel yang faham CVT akan menang game.

Kalau anda:

  • Ada bengkel tapi susah cari staff mahir
  • Rasa susah nak latih pekerja sendiri
  • Tak sempat handle demand baiki Gearbox khususnya CVT

…inilah masa untuk rapatkan hubungan dengan institusi TVET dan ambil pelajar intern atau lepasan sijil yang fresh, rajin, dan semangat tinggi.

Apa Peluang Untuk Pemilik Bengkel & Usahawan Automotif?

1. Jadi ‘Training Ground’ Untuk Pelajar TVET
Ambil mereka sebagai intern, latih ikut cara bengkel anda, dan bina team loyal dari awal.

2. Upgrade Bengkel Dengan Sistem Diagnosis & Scanner
Gunakan sistem seperti OBD2, scan fault code, dan beri quotation yang tepat. Automasi bantu anda fokus pada kualiti kerja, bukan kira-kira manual.

3. Kolaborasi Dengan TVET = Branding Percuma + CSR
Ramai pemilik bengkel tak sedar, bila anda bantu pelajar TVET, anda bukan sahaja menolong industri, tapi juga naikkan nama bengkel dalam komuniti.

Dari Bengkel Biasa Ke Bengkel Berilmu

Industri automotif bukan lagi tentang “siapa paling kuat tangan”, tapi siapa paling cepat adaptasi dengan teknologi. Dan teknologi bermula dari ilmu — ilmu pula bermula dari TVET.

Kalau dulu pomen belajar dari pengalaman, sekarang pomen belajar pakai oscilloscope, scanner, dan laptop.

Masa Depan Industri Gearbox Di Tangan Mekanik Muda

Tak mustahil satu hari nanti, pomen Malaysia jadi rujukan Asia Tenggara dalam teknologi transmisi dan diagnosis automotif. Tapi syaratnya — kita kena mula sekarang.

Sokong pelajar TVET. Latih mereka. Kongsi pengalaman. Dan yang paling penting, jangan kedekut ilmu.

Kereta dah makin pintar — mekanik kita pun patut jadi lebih bijak.

KLIK DISINI UNTUK PERTANYAAN BERKENAAN GEARBOX ANDA

Baca : Institusi Pendidikan TVET Pertama Di Malaysia ? Sudah banyak menghasilkan karya bertaraf dunia !

Follow social media ini untuk mengetahui masalah kereta anda supaya tidak rosak di masa hadapan

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories