Kod P0730 – Masalah Gear Tak Masuk Betul? Jom Faham Apa Maksudnya

Check Engine menyala? Bila scan, keluar kod P0730? Jangan panik dulu, bro. Ini antara kod yang biasa keluar kalau ada masalah dalam sistem transmisi automatik, lebih tepat lagi — gear ratio tak betul.

Tapi apa maksud Incorrect Gear Ratio tu?

Apa Itu Kod P0730?

Kod P0730 menandakan transmisi kereta tak dapat capai nisbah gear yang sepatutnya. Dalam bahasa mudah, gear kereta kau tak bertindak macam sepatutnya. Contohnya: masuk gear tapi tak pick up, atau gear macam tak lekat – terasa macam kereta “drag” dan “delay” je masa tekan minyak.

Simptom-Simptom Yang Biasa Berlaku

Kalau kereta kau alami benda-benda ni, besar kemungkinan P0730 tengah bermain:

Contoh Valve Body Di Pasaran

Punca Biasa Kod P0730

Nak tahu punca sebenar? Jom tengok antara sebab-sebab paling kerap berlaku:

  1. Minyak Gearbox Kotor atau Kurang
    • Minyak yang dah kotor atau paras rendah boleh buat gear slipping. Benda ni biasa terjadi kalau lama tak servis.
  2. Shift Solenoid Rosak
    • Solenoid ni kawal tekanan dalam gearbox. Bila rosak, gear tak boleh masuk dengan betul.
  3. Valve Body Bermasalah
    • Komponen ni uruskan aliran minyak dalam transmisi. Kalau bocor atau tersumbat, gear ratio akan jadi lintang-pukang.
  4. Kerosakan Dalaman Transmisi
    • Kalau serius sangat, mungkin ada kerosakan dalaman yang perlukan overhaul atau ganti gearbox terus.

Apa Nak Buat?

Kalau dah keluar kod P0730, jangan tunggu sampai makin teruk. Ini langkah awal yang boleh kau ambil:

🔧 Periksa Minyak Gearbox – Tengok level dan warna. Kalau gelap, berbau hangit – kena tukar.

🔧 Scan & Check Solenoid – Boleh jadi salah satu shift solenoid dah lemah. Tukar je yang rosak.

🔧 Test Valve Body – Kalau tersumbat, kena flush atau ganti terus.

🧑‍🔧 Jumpa Mekanik Profesional – Biar mereka buat full diagnostic guna alat khas. Jangan main agak-agak.

Tak tahu mana nak cari Mekanik Profesional ? Boleh klik link disini untuk penyelesaian.

Pertanyaan Masalah Gearbox Kepada Mekanik Profesional

Jangan Tunggu Sampai Gear Jem!

Kod P0730 bukan perkara main-main. Lagi lama dibiarkan, lagi tinggi risiko kos baiki. Kalau kau mula rasa gear tak sedap, cepat-cepat bawa ke bengkel. Servis awal boleh jimat beribu nanti !

Nak semak simptom kerosakan gearbox dan anggaran kos baiki? Klik sini sekarang👇
👉 https://gearboxcvt.com

Nak semak harga baiki gearbox ikut model supaya anda boleh siap-siap prepare bajet ?

KLIK DISINI

Follow Akaun Media Sosial ini untuk lebih info berkenaan masalah kereta anda !

Website : https://www.onextransmission.com/

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories

Anda ada masalah gearbox?

Isi maklumat anda dibawah, kami akan menghubungi anda dengan segera!

Talian 24/7 jam!