Kod P0101 – Masalah MAF Sensor ? Ini Penjelasannya !

Pernah tengok check engine light menyala tiba-tiba, lepas tu rasa enjin macam “semput”? Kalau anda scan dan keluar kod P0101, besar kemungkinan masalahnya datang dari Mass Air Flow Sensor (MAF).

Tapi… apa benda MAF tu?

Apa Itu Kod P0101?

Kod P0101 menunjukkan ada gangguan pada sensor aliran udara masuk (MAF) — lebih tepat lagi, bacaan sensor tersebut terkeluar dari julat yang sepatutnya.

Sensor ini biasanya terletak selepas penapis udara, dan tugasnya adalah untuk mengukur jumlah udara yang masuk ke dalam enjin. Bila data ni tak tepat, sistem suntikan minyak jadi keliru — dan prestasi enjin pun mula terganggu.

Baca : Cara Pilih Minyak Gearbox CVT yang sesuai dengan kenderaan anda !

Simptom-Simptom Yang Biasa Berlaku

Kalau kereta anda ada kod P0101, antara tanda-tanda yang anda mungkin perasan:

  • Check engine light menyala
  • Enjin jadi lemah atau semput
  • Idle tak stabil (enjin gegar bila berhenti)
  • Minyak cepat habis (penggunaan bahan api meningkat)

Apa Punca Masalah Ini?

Punca paling biasa ialah:

  • Sensor MAF rosak atau kotor
  • Sambungan elektrik longgar atau wayar putus
  • Ada kebocoran vakum pada intake hose
  • Filter udara tersumbat atau terlalu lama tak tukar

Dan kadang-kadang, kod P0101 ni datang sekali dengan kod lain seperti P0100, P0102, P0506, P2096 — sebab semuanya berkait rapat dengan sistem metering udara dan bahan api.

Baca : Kenali Apa itu Fault Code dan kepentingannya menjimatkan wang anda !

Sejauh Mana Seriusnya Kod P0101?

Walaupun kereta masih boleh bergerak, jangan ambil ringan.

Kod P0101 boleh menyebabkan pembakaran tak sempurna, dan lama-kelamaan boleh merosakkan spark plug, catalytic converter, dan komponen dalaman enjin.

Lebih awal anda baiki, lebih rendah risiko dan kosnya.

Boleh Ke Masih Memandu?

Secara teknikal, boleh.

Tapi kalau check engine light tu terus menyala dan prestasi enjin makin teruk — lebih baik berhenti dan dapatkan pemeriksaan segera. Lagi lama dibiarkan, lagi besar potensi kerosakan.

Macam Mana Proses Diagnosis?

Kalau anda ke bengkel profesional, ini antara proses yang akan dilakukan:

  1. Scan OBD2 untuk pastikan kod betul-betul wujud
  2. Pemeriksaan wiring – tengok kalau ada kabel putus atau longgar
  3. Periksa sensor MAF – mungkin perlu dibersihkan atau ditukar
  4. Cek kebocoran pada segala hos atau wayar – terutama pada kereta lama
  5. Pandu Uji untuk pastikan kod tidak muncul semula

Mekanik yang teratih akan reset sistem dan uji semula untuk sahkan punca sebenar.

Ringkasan

Kod P0101 bukan sekadar nombor – ia amaran bahawa sistem metering udara dalam kereta anda tidak bekerja dengan betul. Sensor MAF mungkin nampak kecil, tapi kesannya sangat besar.

Kalau anda syak kereta anda ada masalah seperti ini, jangan tunggu sampai rosak lebih teruk.

Nak Scan Kereta Anda?

Hubungi kami terus di gearboxcvt.com untuk sebarang pertanyaan lanjut !

Baca : Apa itu Gearbox ? Pengenalan kepada gearbox

Baca : 9 tanda-tanda gearbox anda bermasalah

Follow Social Media kami untuk mengetahui lebih info

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

Berita Industri & Teknologi Terkini
Bob - Gearbox Specialist

BYD vs Tesla: Siapa Raja EV di Malaysia?

Dunia automotif kini memasuki era kenderaan elektrik (EV), dan dua nama besar sering menjadi bualan – BYD dari China dan Tesla dari Amerika Syarikat. Kedua-duanya

Read More »

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories

Anda ada masalah gearbox?

Isi maklumat anda dibawah, kami akan menghubungi anda dengan segera!

Talian 24/7 jam!