Pernah rasa Honda HR-V tersentak bila memecut atau masa tukar gear? Jangan risau — korang bukan sorang. Masalah CVT tersentak untuk HR-V memang antara isu paling biasa di Malaysia, terutama untuk model 2015 dan ke atas.
Tapi berita baiknya, ia boleh dibaiki tanpa perlu tukar gearbox baru — asalkan diagnos dilakukan oleh pakar CVT yang betul.

Kenapa Gearbox CVT HR-V Boleh Tersentak?
Transmisi CVT direka untuk bagi pemanduan yang lancar dan jimat minyak. Tapi bila sistem ni mula haus atau kotor, korang akan mula rasa simptom pelik.
Berikut antara punca utama CVT HR-V mula tersentak:
- Minyak CVT dah lama atau tak sesuai
→ HR-V guna Honda HCF-2 CVT Fluid, bukan ATF biasa. Kalau guna minyak universal, tekanan dalam gearbox boleh lari dan gear jadi sangkut-sangkut. - Valve body atau solenoid tersumbat
→ Benda ni kawal tekanan minyak dalam sistem. Bila ada deposit dari minyak lama, gear mula delay atau jerk masa tukar gear. - Masalah pada steel belt & pulley
→ Ini komponen utama CVT. Bila haus, pecutan jadi kasar dan gearbox terasa ‘berat’. - Sensor atau sistem elektrik tak stabil
→ Kadang cuma sebab speed sensor atau suhu, tapi efek dia besar — gear boleh rasa macam “terkejut” bila tekan minyak.
Baca : Apa itu Speed Sensor ? Kecik tapi sangat penting dalam perjalanan gearbox anda !
Baca : Panduan memilih minyak CVT yang bagus dalam pasaran !
Baca : Apa itu Valve Body ? Penting ke dalam pergerakan gearbox kereta kita ?
Baca : Steelbelt putus merabakkan poket ? Cegah sebelum terlambat !
Baca : Pulley ni apa sebenarnya ? Dan kenapa ia penting dalam gearbox jenis CVT ?
Kos & Jenis Repair CVT Honda HR-V
Bergantung pada punca sebenar, ni anggaran harga untuk servis di sekitar Klang Valley:
| Jenis Servis | Anggaran Kos (RM) | Catatan |
|---|---|---|
| Tukar minyak CVT + flushing sistem | RM250 – RM700 | Untuk penyelenggaraan asas |
| Servis valve body / solenoid | RM600 – RM900 | Untuk gear tersentak ringan |
| Tukar steel belt / overhaul CVT | RM2,000 – RM5,000 | Untuk kes tersentak teruk |
| Ganti sensor CVT | RM250 – RM1000 | Masalah elektronik ringan |
Tips : Servis awal (tukar minyak setiap 20,000km – 40,000km) boleh elak overhaul besar kemudian hari.
Baca : Nak tahu harga terkini baiki gearbox kereta mengikut jenama ? Boleh Klik DISINI !
Tanda-Tanda Awal CVT HR-V Sudah Bermasalah
Kalau korang rasa salah satu daripada ni, cepat-cepat buat pemeriksaan:
- Gear tersentak masa mula jalan
- RPM naik tapi kereta lambat gerak
- Bunyi dengung bila tekan minyak
- “Check Engine” menyala
- Gear rasa delay masa tukar D → R
Kalau dibiarkan, sistem boleh panas berlebihan dan menyebabkan kerosakan kekal pada CVT dan gearbox perlu di overhaul !

Pakar HR-V CVT Repair – Lembah Klang (Warranty 1 Tahun)
Pakar kami di One X Transmission dah bantu ramai pemilik Honda HR-V yang alami simptom CVT tersentak, slip, atau delay semasa pertukaran gear.
Kami gunakan peralatan diagnosis Honda yang lengkap, dan setiap kerja dibaiki dengan teliti — disertakan Warranty 1 Tahun untuk jaminan dan kemudahan anda.
📍 Servis sekitar: Shah Alam, Klang, Subang, Puchong, Banting
💬 WhatsApp untuk diagnosis percuma
💸 Harga bermula dari RM800
🕐 Servis pada hari yang sama tersedia
Cepat ambil tindakan sebelum rugi RIBUAN RINGGIT !
Masalah Honda HR-V CVT tersentak bukan tanda gearbox dah “habis”, tapi amaran awal. Dengan servis tepat dan minyak yang betul, gearbox boleh tahan lama dan kekal smooth.
Kalau korang perasan simptom tersentak masa pecut — jangan tunggu sampai kereta tak boleh gerak langsung. Dapatkan diagnosis awal daripada pakar yang tahu cara kerja dan baiki gearbox CVT yang sebenar.
Follow social media ini untuk mengetahui Tips kereta Honda Civic CVT anda supaya tidak rosak di masa hadapan !
Website : https://www.onextransmission.com/
Facebook : One X Transmission
Instagram : onextransmission
Tiktok : onextransmissionofficial



