Honda CR-V CVT Repair Dekat Sini: Subang, Klang, Shah Alam – Pakar Gearbox

CR-V anda ada masalah gearbox ? Gear rasa berat, tersentak masa tukar D ke R, atau RPM naik tapi kereta lambat gerak ? Jangan risau — ini tanda-tanda biasa untuk masalah CVT (Continuous Variable Transmission) pada Honda CR-V, dan berita baiknya: ia boleh dibaiki tanpa perlu tukar gearbox baru !

Gambar Honda CRV dalam proses rombak rawat (overhaul) gearbox.

Kenapa Gearbox CVT Honda CR-V Rosak?

Sistem CVT ni direka untuk bagi pemanduan lancar, tapi kalau tak dijaga dengan betul, ia cepat haus. Antara punca paling kerap kami jumpa di bengkel:

  1. Minyak CVT tak pernah ditukar atau salah jenis
    → CR-V perlu guna Honda CVT Fluid HCF-2, bukan minyak ATF biasa. Minyak yang salah boleh rosakkan tekanan dalaman sistem.
  2. Valve body / solenoid tersumbat
    → Kotoran dari minyak lama boleh ganggu pergerakan gear, menyebabkan “jerk” masa memecut.
  3. Pulley atau steel belt haus atau calar
    → Bila komponen utama ni haus atau calar, perjalanan gearbox CVT akan rasa berat, kasar dan delay masa tukar gear.
  4. Sensor gearbox (speed / pressure) rosak
    → Kadang cuma isu elektronik kecil, tapi efeknya besar — gear jadi “blur”, RPM melambung, dan lampu check engine boleh menyala.

Baca : Apa itu Speed Sensor ? Kecik tapi penting !

Baca : Panduan memilih minyak CVT yang berkualiti untuk kereta CVT anda !

Baca : Apa itu Valve Body ? Penting ke dalam perjalanan gearbox kereta kita ?

Baca : Steelbelt putus buat poket koyak poket ? Cegah sebelum terlambat !

Baca : Pulley ni apa sebenarnya ? Apa fungsinya dalam gearbox CVT ?

Tanda-Tanda Awal Gearbox CVT CR-V Bermasalah

Perhatikan tanda-tanda ni sebelum rosak jadi lebih teruk:

Kalau nampak simptom ni, cepat buat pemeriksaan — jangan tunggu sampai gearbox terus mati.

Anggaran Kos Repair CVT Honda CR-V

Kos repair bergantung pada tahap kerosakan, tapi ini anggaran untuk servis di kawasan Subang, Klang, Shah Alam dan sekitarnya:

Jenis ServisAnggaran Kos (RM)Catatan
Tukar minyak CVT + flushing sistemRM250 – RM550Servis asas / preventive
Servis valve body + calibrationRM600 – RM950Untuk simptom tersentak ringan
Overhaul gearbox / steel beltRM1,800 – RM5,000Untuk kerosakan berat
Tukar sensor CVT / solenoidRM250 – RM600Untuk kes signal error

Tip pro: Kalau gearbox dah mula slip, jangan terus overhaul atau tukar seketul. Kadang cuma komponen dalaman kecil yang perlu dibersihkan atau dibaiki.

Nak tahu harga repair gearbox terkini ? Klik LINK DISINI

Inspection PERCUMA sedang dilakukan oleh mekanik berpengalaman di One X Transmission

Pakar CVT Honda CR-VRepair Dekat Sini (Subang, Klang, Shah Alam)

Pakar kami di One X Transmission, Jalan Kebun, Shah Alam — mudah diakses dari Subang, Klang, Banting, dan sekitar Klang Valley.
Kami pakar diagnosis, repair, dan calibration CVT untuk semua model Honda CR-V (G3, G4, G5).

Diagnosis percuma
Warranty 1 tahun
Guna alat ganti asal Honda
Servis hari yang sama

💬 Hubungi kami untuk sebut harga percuma hari ini!
📍 Lokasi: One X Transmission, Jalan Kebun, Shah Alam

Gearbox CRV senang jaga kalau tahu caranya !

Masalah gearbox CR-V rosak atau tersentak bukan pengakhiran, cuma tanda korang perlu servis betul.
Dengan minyak CVT yang sesuai dan servis berkala mengikut jadual, sistem CVT CR-V boleh tahan lama dan kekal smooth macam baru keluar showroom.

Kalau korang di sekitar Subang, Klang, Shah Alam, singgah saja ke bengkel kami — diagnosis percuma, repair cepat, dan warranty 1 tahun.

Follow social media ini untuk mengetahui Tips kereta Honda Civic CVT anda supaya tidak rosak di masa hadapan !

Website : https://www.onextransmission.com/

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories

Anda ada masalah gearbox?

Isi maklumat anda dibawah, kami akan menghubungi anda dengan segera!

Talian 24/7 jam!