Honda Civic CVT Rosak: Pakar Repair di Shah Alam – Harga & Warranty

Kepada Pengguna Honda Civic New Generation, pernah ke masa anda pandu Honda Civic, gear terasa berat, tersentak, atau RPM naik tapi kereta tak gerak macam biasa? Kalau ya, besar kemungkinan sistem CVT gearbox dah mula bagi tanda-tanda awal masalah.

Ramai pemilik Civic generasi ke-10 (2016 ke atas) di Lembah Klang dah mula perasan simptom ni — dan ramai juga yang tak tahu, masalah ni boleh diselesaikan tanpa perlu tukar seketul gearbox terus.

Punca Utama CVT Civic Rosak

Sebelum kita semua panik beramai-ramai, jom faham dulu kenapa Honda Civic CVT boleh rosak atau mula buat hal. CVT (Continuous Variable Transmission) ni sistem yang lebih halus dari gearbox biasa — tapi juga lebih sensitif kalau tak jaga betul-betul.

Antara punca paling biasa:

Baca : Panduan pilih minyak gearbox CVT

Baca : Apa itu Valve body ? Penting ke benda ni dalam gearbox kereta auto kita ?

Baca : Apa itu MAF Sensor ? Sensor ni kalau rosak boleh kacau perjalanan gearbox ?

Berapa Kos Nak Repair CVT Civic ?

Harga repair bergantung pada tahap kerosakan. Tapi secara purata, ini anggaran untuk servis di sekitar Shah Alam / Klang Valley:

Jenis ServisAnggaran Kos (RM)Catatan
Tukar minyak CVT + flushingRM250 – RM650Untuk maintenance atau awal simptom
Servis valve body / calibrationRM600 – RM1600Untuk gear tersentak ringan
Overhaul / tukar steel beltRM1,500 – RM5,500Untuk kes berat atau gearbox slip dan delay
Ganti sensor / wiring CVTRM250 – RM800Untuk error signal dan lampu check engine

Tip Pro: Jangan terus ganti gearbox tanpa scan dulu. Kadang cuma valve body, solenoid atau sensor — kos jauh lebih murah dari tukar/overhaul gearbox. Jangan biarkan anda ditipu oleh bengkel !

Baca : Apa itu Valve Body dalam gearbox Auto anda ?

Tanda Awal Gearbox Civic Dah Bermasalah

Perhatikan tanda-tanda ni sebelum rosak jadi lebih teruk:

Kalau anda dah perasan mana-mana tanda ni — cepat buat inspection dari bengkel yang profesional sebelum kos baiki semakin mahal. Benda boleh cegah awal dan lebih jimat, lebih baik kita jimat kan ?

Boleh lihat video di bawah untuk penjelasan lebih lanjut berkenaan Gearbox Honda Civic:

@onextransmissionofficial

Civic FD. Gearbox memang problem eh? Ramai owner Civic FD datang dengan masalah sama, gear sentak, tukar gear lambat, enjin rasa berat. Tapi bukan FD saja. Civic FC dan FE pun boleh kena kalau cara penjagaan kurang baik. Bukan sebab gearbox tak tahan, tapi gaya pemanduan Civic yang sporty buat minyak cepat panas dan auto filter mudah kotor. Bila tekanan sistem dah tak stabil, gear mula sentak, pecutan pun tak lagi smooth. Kalau anda Civic owner sekitar Shah Alam, Klang, Banting atau Lembah Klang, dan risau tanda-tanda awal gearbox mula muncul — cepat hubungi kami di One X Transmission untuk dapatkan pemeriksaan penuh gearbox PERCUMA! Biar periksa awal sebelum terlambat — bila dah mula keluar simptom besar ni, selalunya dah terlambat… dan kena ready modal 🥲

♬ original sound – onextransmission – onextransmission
Inspection Honda Civic di ONE X TRANSMISSION

Pakar Honda Civic CVT Repair – Shah Alam (Harga Telus & Warranty 1 Tahun)

One X Transmission, Jalan Kebun Shah Alam, dah bantu ramai pemilik Honda Civic CVT dengan masalah gearbox CVT.
Kami membuat diagnosis lengkap, repair dengan alat khas (special tools) Honda, dan semua kerja pembaikian dan penyelenggaraan disertakan dengan Warranty 1 Tahun.

Lokasi: Shah Alam, Klang, Banting
Servis WALK-IN pada hari yang sama juga ada
Tekan Link ini untuk book Slot Inspection kereta Honda Civic CVT anda : BOOK SLOT SEKARANG !
Harga bermula dari RM800 untuk servis & calibration penuh

Honda Civic CVT ni memang akan selalu rosak ke ?

Masalah Civic CVT rosak bukan kerosakan yang teruk dan merendahkan performance kereta anda — tapi amaran awal yang anda patut ambil serius. Dengan servis betul dan minyak CVT original, gearbox Civic boleh tahan bertahun-tahun tanpa perlu total overhaul yang memakan kos ribuan ringgit

Jangan tunggu sampai gear jem, dan kereta anda terus tak boleh bergerak. Hantar ke bengkel terdekat untuk pemeriksaan sekarang, dan nikmati semula pemanduan yang lebih lancar macam baru keluar showroom.

Follow social media ini untuk mengetahui Tips kereta Honda Civic CVT anda supaya tidak rosak di masa hadapan !

Website : https://www.onextransmission.com/

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories

Anda ada masalah gearbox?

Isi maklumat anda dibawah, kami akan menghubungi anda dengan segera!

Talian 24/7 jam!