Honda City CVT Tersentak Malaysia: Punca & Cara Baiki

Pernah tak masa tukar gear, Honda City korang terasa tersentak-sentak? Macam ada hentakan kecil bila lepas minyak atau masa tukar dari D ke R ? Ramai pemilik City pernah alami benda ni — terutama model 2014 ke atas (CVT).

Masalah ni sebenarnya biasa berlaku di Lembah Klang, kerana di kawasan bandar kita banyak bermain dengan pedal minyak dan brek (Start-Stop City Driving), tapi jangan risau, ada cara untuk diagnos dan baiki tanpa perlu tukar gearbox terus.

Kenapa Honda CVT Boleh Tersentak?

Transmisi CVT (Continuous Variable Transmission) direka untuk bagi pemanduan lebih smooth dan jimat minyak. Tapi bila dah lama, atau servis tak ikut jadual — dia mula bagi tanda-tanda awal:

  1. Minyak CVT dah kotor atau tak pernah tukar.
    → CVT Fluid yang dah lama boleh hilang tekanan dan pelinciran, buat gear “tersekat” ketika memecut dan RPM tinggi.
  2. Valve body tersumbat.
    → Bahagian ni kawal tekanan minyak dalam sistem CVT. Bila perjalanan valve body tak lancar, gear boleh rasa sangkut-sangkut.
  3. Masalah pada steel belt atau pulley.
    → Komponen utama dalam gearbox CVT. Bila haus, pergerakan jadi kasar dan tersentak.
  4. Speed sensor rosak.
    → Sensor ni bagi signal kelajuan ke ECU. Bila bacaan lari, sistem CVT akan “confused” dan gear boleh jadi agresif dan tak betul

Boleh tengok video di bawah, penerangan SPEED SENSOR :

@onextransmissionofficial

Risau ditipu bila nak hantar kereta ke bengkel ? Kami di One X Transmission faham perasaan tu. Ramai Pelanggan kami pernah cerita kena caj lebih untuk perkara yang tak sepatutnya. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa. Itulah sebabnya scanner kami ada – penyelamat sebenar ! Dengan diagnosis tepat dari scanner kami, anda akan tahu dengan jelas apa yang diperlukan oleh kereta anda – mengesan fault code dan mengenal pasti masalah sebenar. Dengan cara ni, anda elak dari caj tambahan yang tak wajar dan cuma bayar untuk servis yang betul-betul diperlukan. Ambil langkah bijak hari ini bersama One X Transmission! Hubungi kami sekarang di 011-3105 1677 untuk inspection secara PERCUMA! 🚗 Lokasi Bengkel: 📍 Jalan Kebun Shah Alam, Selangor

♬ original sound – onextransmission – onextransmission

Bagaimana Kita Nak Baiki ?

Bergantung pada Punca, Kos pembaikan akan berbeza :

Jenis MasalahAnggaran Kos (RM)Catatan
Tukar minyak CVT + flush sistemRM250 – RM600Servis asas, disarankan setiap 20,000km ke 40,000km
Servis valve body / solenoidRM500 – RM1500Termasuk diagnosis dan calibration
Tukar steel belt / overhaul CVTRM1,200 – RM5,000Untuk kes tersentap teruk atau gear sangkut, steelbelt putus, ganti part baru seperti Primary Pulley atau Secondary Pulley
Ganti sensor / wiring CVTRM250 – RM700Bergantung pada model City

Tip: Elak guna minyak CVT yang OEM atau universal. Gunakan Bendalir yang dibuat atau diiktiraf oleh Pengeluar seperti Honda CVT Fluid (HCF-2) untuk jaminan jangka hayat gearbox.

Baca : Panduan Memilih Minyak CVT

Tanda Awal CVT Dah Bermasalah

Kalau dah mula rasa tanda-tanda ni, jangan tunggu gearbox jem terus. Buat inspection awal, boleh JIMAT RIBUAN RINGGIT NANTI !

Inspection Honda City CVT di ONEXTRANSMISSION

Servis & Warranty 1 Tahun – Klang Valley

Di One X Transmission, Kami dah bantu ramai pemilik Honda City yang alami masalah CVT tersentak di Kawasan Lembah Klang.
Setiap pembaikan disertakan dengan Warranty 1 Tahun, dan servis hari yang sama pun ada!

Lokasi: Sekitar Shah Alam, Klang, Banting
Tekan Link ini untuk book Slot Inspection kereta CVT anda : BOOK SLOT SEKARANG !
Harga bermula dari RM800 untuk servis & calibration penuh

Honda City ni memang cepat problem gearbox ke ?

Masalah Honda City CVT tersentak ni bukan tanda gearbox “kong” terus ganti seketul — tapi petunjuk awal untuk tindakan segera. Dengan diagnosis yang betul dan minyak CVT yang sesuai, gearbox Honda City korang boleh tahan lama dan smooth balik macam baru.

Follow social media ini untuk mengetahui Tips kereta CVT anda supaya tidak rosak di masa hadapan !

Website : https://www.onextransmission.com/

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories

Anda ada masalah gearbox?

Isi maklumat anda dibawah, kami akan menghubungi anda dengan segera!

Talian 24/7 jam!