Pernah tak anda ke bengkel, lepas mekanik cucuk OBD scanner terus keluar macam-macam masalah? Tiba-tiba dia cakap, “Kena overhaul ni bang, gearbox dah kong.” Hati dah tak tenang sebab memikirkan berapa banyak kena keluar kos, rosak teruk ke kereta aku ni? berapa lama kereta aku kena sidai dekat bengkel, macam mana aku nak bergerak tanpa kereta ni ?
Tapi… betul ke?
Atau sebenarnya anda sedang di scam atau di “kencing”?

Apa Itu “Fault Code”?
Fault Code atau nama teknikalnya DTC (Diagnostic Trouble Code) ialah kod ralat yang keluar bila sistem komputer kereta kesan masalah dalam enjin atau transmisi.
Kod ini dibaca menggunakan alat OBD2 scanner, dan setiap kod ada maksud tersendiri.
Contoh kod biasa:
- P0700 – Masalah umum sistem transmisi
- P0301 – Letupan/Pembakaran tidak sempurna di silinder 1
- P0420 – Sistem Catalytic Converter tidak efisien
Nota: Kod bermula dengan “P” merujuk kepada Powertrain, iaitu bahagian enjin dan gearbox.

Tak Semua Kod Bermaksud “Rosak Teruk”
Ramai pengguna kereta terus panik bila nampak lampu Check Engine menyala, atau bila mekanik tunjuk kod pelik. Tapi hakikatnya…
Bukan semua kod bermaksud anda perlu tukar gearbox atau overhaul enjin.
Contohnya, kod P0740 (Torque Converter Clutch Circuit Malfunction) mungkin hanya berpunca daripada minyak gearbox yang dah kotor atau tekanan hidraulik yang tak stabil.
Solusi?
Cuba Servis Minyak Gearbox anda dan tukar Auto Filter dahulu.
Cara Nak Elak Kena Tipu Bengkel:
✅ Ambil gambar kod OBD yang keluar dari scanner
✅ Semak makna kod di laman seperti gearboxcvt.com
✅ Minta second opinion, jangan terus setuju buat kerja berat
✅ Pertimbangkan rawatan awal, bukan terus overhaul
Jangan jadi mangsa penipuan seterusnya !
Jangan jadi mangsa kerana kurang ilmu dan kesedaran berkenaan “fault code” ini. Bila lampu check engine menyala, SILA AMBIL TAHU APA PUNCANYA. Sebahagian besar masalah boleh dibaiki awal dengan kos rendah jika dikesan cepat.
Di gearboxcvt.com, kami bantu anda faham fault code dan buat pilihan bijak.
Bukan semua masalah gearbox perlu di overhaul – kadang-kadang cukup dengan tukar sensor, rawatan yang simple seperti tukar minyak gearbox dan tukar auto filter
📲 Ingin semak simptom kerosakan gearbox dan kos anggaran harga?
Klik butang WhatsApp di sini dan team kami akan bantu anda.