Dasar TVET Negara 2030: Masa Depan Dunia Automotif Bermula Di Sini

Apa Itu TVET & Kenapa Ia Penting Dalam Industri Automotif?

TVET bukan istilah pelik dalam dunia automotif. Ia singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, satu laluan pendidikan yang fokus pada skil praktikal — bukan sekadar hafal teori dalam kelas.

Dalam konteks industri gearbox, CVT dan automotif moden, TVET ialah batu asas yang melahirkan tenaga kerja mahir: dari mekanik Gearbox CVT, Gearbox DCT, juruteknik ECU, wiring specialist, hinggalah ke mekanik pakar hybrid dan EV.

Boleh kata macam ni — tanpa TVET, siapa nak baiki gearbox kereta kita nanti?

Apa Itu Dasar TVET Negara 2030?

Dasar TVET Negara 2030 adalah pelan kerajaan Malaysia untuk :

  • Selaras semua program TVET supaya lebih tersusun dan efektif
  • Naik taraf kualiti latihan ke tahap piawaian antarabangsa
  • Hubungkan terus TVET dengan keperluan industri sebenar

Dan paling penting — ubah persepsi bahawa TVET tu “second or low class”.

Sebaliknya, TVET kini dianggap laluan premium untuk bina kerjaya dalam bidang yang memang selalu ada permintaan — contohnya automotif.

5 Teras Utama Dasar TVET 2030 (Versi Automotif)

  1. Penyelarasan Nasional
    Semua kursus automotif dari kolej, politeknik, GiatMARA atau institut swasta akan diselaraskan mengikut satu garis panduan yang lebih kemas.
  2. Standard Bertaraf Dunia
    TVET akan guna kurikulum yang setanding dengan negara maju — maknanya, mekanik kita boleh kerja lokal dan global.
  3. Kerjasama Industri
    Bengkel, kilang automotif, syarikat alat ganti dan pusat servis akan jadi sebahagian daripada sistem latihan. Learn by doing.
  4. Pelan Kerjaya Jelas & Gaji Kompetitif
    Dengan data pasaran kerja, pelajar TVET akan tahu hala tuju — sama ada jadi pakar gearbox, buka bengkel sendiri, atau kerja di pusat 4S.
  5. Persepsi Baru TVET
    Tak ada lagi stigma “tak pandai baru masuk TVET.” Hari ini, orang yang bijak dan fokus masa depan pilih TVET sebagai pilihan pertama.

Hubungan TVET Dengan Dunia Gearbox & CVT

Kalau anda pernah hadap masalah macam:

Maka anda akan tahu — mekanik yang betul-betul faham sistem gearbox sangat penting. Dan mekanik jenis ni biasanya lahir daripada program TVET yang betul.

Dengan kemasukan teknologi baru — seperti gearbox elektrik, hybrid transmission, dan sistem shift-by-wire, industri automotif perlukan lebih ramai tenaga kerja TVET yang mahir, adaptif, kreatif dan inovatif serta boleh belajar cepat seiring dengan kemunculan teknologi seperti AI dan automasi yang lain.

Siapa Yang Patut Ambil Tahu?

  • 🎓 Pelajar lepasan SPM yang minat kereta tapi tak minat belajar teori 100%.
  • 👨‍🔧 Pekerja bengkel yang nak upgrade ilmu & sijil.
  • 🏭 Pemilik bengkel yang nak ambil pelatih atau tenaga kerja dari TVET.
  • 🚘 Penggiat industri automotif yang nak pastikan masa depan tenaga kerja negara terjamin.

Penutup

Kalau anda fikir masa depan kerjaya tu mesti pakai blazer & kerja pejabat, dan duduk depan PC, lebih baik anda fikir semula.

TVET 2030 sedang buka laluan kepada ribuan anak muda, bahkan jutaan rakyat Malaysia untuk jadi pakar automotif — dari bengkel bawah pokok ceri ke pit stop Formula 1 yang gah dipersada dunia.

“Kerja tangan, otak jalan, gaji pun halal.”
Masa depan tak semestinya di menara kaca tinggi membelah awan — kadang-kadang, ia bermula dari bawah bahagian kereta yang di pandang enteng oleh masyarakat kebanyakan !

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories