Cara Jaga CVT: 10 Tips Penjagaan Gearbox Supaya Tahan Lebih Lama
Gearbox CVT terkenal kerana pemanduannya yang lancar, penggunaan bahan api yang efisien dan pengalaman memandu yang selesa. Tetapi seperti mana-mana komponen me
CVT
Pengenalan kepada Gearbox: Jantung Kuasa Kenderaan Anda Hai semua! Saya Ameer Hafiz, dan hari ini saya nak kongsikan sedikit sebanyak tentang gearbox, komponen

Hai semua! Saya Ameer Hafiz, dan hari ini saya nak kongsikan sedikit sebanyak tentang gearbox, komponen penting yang menjadikan pemanduan kita lancar dan efisien. Mungkin anda pernah dengar tentang gearbox 4, 5, 6, atau 7 kelajuan (AT – Automatic Transmission), CVT, DCT, dan lain-lain. Tetapi, apa sebenarnya fungsi gearbox ni dan bagaimana ia mempengaruhi pemanduan seharian kita ?
Secara ringkasnya, gearbox atau kotak gear adalah sistem mekanikal yang menyalurkan kuasa dari enjin ke roda kenderaan. Gearbox ini yang memastikan kenderaan anda dapat bergerak pada kelajuan yang berbeza dengan lancar, sama ada semasa memecut di lebuhraya atau bergerak perlahan dalam kesesakan lalu lintas.
Mungkin anda tertanya-tanya, apa beza antara gearbox 4, 5, 6, dan 7 kelajuan ni? Ini semua merujuk kepada bilangan gear yang terdapat dalam gearbox tersebut.
Nak tahu pasal Gearbox CVT pula ? Boleh baca disini
Nak tahu jugak berkenaan Gearbox DCT ? Boleh baca disini
Dalam kehidupan seharian, gearbox adalah elemen penting yang memberi impak besar pada pengalaman pemanduan anda. Sebagai contoh, apabila anda memecut untuk memotong kenderaan lain, gearbox akan menukar ke gear yang lebih rendah untuk memberikan lebih kuasa. Sebaliknya, apabila anda memandu pada kelajuan yang konsisten di lebuh raya, gearbox akan menukar ke gear yang lebih tinggi untuk menjimatkan bahan api.
Memilih jenis kereta auto bergantung kepada gaya pemanduan anda dan keperluan kenderaan anda. Jika anda lebih suka pemanduan yang tenang dan kurang memerlukan prestasi tinggi, gearbox 4, 5 kelajuan mungkin mencukupi. Namun, untuk mereka yang mementingkan prestasi dan kelancaran, terutamanya dalam pemanduan jarak jauh atau di lebuhraya, gearbox 6,7 kelajuan dan ke atas mungkin pilihan terbaik.
Gearbox adalah komponen yang sering diabaikan tetapi sangat penting dalam kenderaan anda. Memahami perbezaan antara jenis gearbox boleh membantu anda membuat pilihan yang lebih baik, sama ada semasa membeli kereta baru atau menjaga kenderaan anda yang sedia ada.
Jadi, pastikan anda memilih gearbox yang sesuai untuk gaya pemanduan anda dan nikmati pemanduan yang lebih lancar dan efisien!
Ada sebarang pertanyaan berkenaan masalah gearbox anda ? Boleh klik link disini
Pertanyaan Masalah Gearbox di sini
Website : /contact/
Facebook : Dynamic Torque Ventures
Baca Seterusnya
Gearbox CVT terkenal kerana pemanduannya yang lancar, penggunaan bahan api yang efisien dan pengalaman memandu yang selesa. Tetapi seperti mana-mana komponen me
Apabila gearbox CVT mula bermasalah, ramai pemilik kereta akan berdepan satu soalan besar: “Perlu repair atau terus tukar gearbox?” Jawapan ini tidak semudah ya
Tiba-tiba lampu Check Engine menyala di dashboard? Atau lebih membimbangkan, lampu D (Drive) mula berkelip ketika memandu? Ramai pemilik kereta panik apabila me
Perlu Bantuan?
Artikel ini adalah panduan umum. Untuk diagnosis tepat dan kos pembaikan, hubungi pakar gearbox berdekatan anda.
Tanya Pakar Sekarang