Bufori CS8: Supercar Buatan Tangan Malaysia Dengan Kuasa V8 Supercharged

Bila sebut kereta buatan Malaysia, orang akan teringat Proton, Perodua, atau paling laju pun Myvi. Sebab Myvi kan “King” ? Hahahaha. Tapi kali ni lain macam sikit – sebab Malaysia baru sahaja melahirkan supercar handmade yang cukup rare: Bufori CS8.

Ya, betul tu. Bufori, jenama kereta mewah buatan tangan dari Kepong, Kuala Lumpur, baru melancarkan model terbarunya yang bernama CS8. Dan harganya? Sekitar RM2.2 juta. Memang bukan untuk semua orang, tapi cukup untuk buat dunia pandang Malaysia dalam arena automotif.

Sumber Gambar dari Laman Sesawang Rasmi Bufori

Apa Yang Power Sangat Tentang Bufori CS8?

  • Enjin 6.4L V8 Supercharged – ini jantung CS8. Dengan kuasa lebih 500hp, ia mampu meluncur sehingga 320 km/j. Memang bukan main-main.
  • Reka bentuk klasik-moderen – dari luar, gaya Bufori tetap kekal retro dan elegan, tapi bawah kulitnya penuh teknologi moden.
  • Handmade penuh teliti – setiap unit Bufori dibuat tangan, bukan keluar kilang besar-besaran. Ambil masa berbulan nak siapkan satu kereta, ikut tempahan dan citarasa pemilik.

Bufori: Dari Sydney ke Kuala Lumpur

Sedikit throwback – Bufori asalnya diasaskan di Australia lewat 1980-an, kemudian berpindah operasi ke Malaysia pada 1990-an. Mereka pilih Malaysia sebab lebih strategik untuk pasaran Asia, kos lebih baik, dan tenaga kerja mahir.

Kini, Bufori jadi satu-satunya jenama kereta eksklusif buatan tangan Malaysia yang berjaya tembusi pasaran global, dari Timur Tengah sampai Eropah.

Bufori CS8: Siapa Target Market?

Kereta ni memang bukan untuk semua. Ia ditujukan khas untuk:

  • Kolektor kereta eksotik.
  • Golongan VIP atau “high net worth individuals” yang mahukan sesuatu berbeza daripada Ferrari atau Rolls Royce.
  • Mereka yang nak kereta rare dengan sentuhan Malaysia.

Kenapa Bufori CS8 Penting Untuk Malaysia?

Bufori CS8 bukan sekadar kereta mewah. Ia bukti yang Malaysia mampu hasilkan:

  1. Kereta niche “handmade” bertaraf global.
  2. Teknologi & reka bentuk mewah setanding jenama besar dunia.
  3. Citra baru – Malaysia bukan hanya “kereta marhaen”, tapi juga boleh hasilkan supercar eksklusif.

Bufori CS8 lambang Eksklusif dan Kelajuan

Bufori CS8 dengan enjin 6.4L V8 Supercharged dan kelajuan maksimum 320 km/j bukan sahaja lambang kejuruteraan, tapi juga simbol seni buatan tangan Malaysia. Harga mungkin RM2.2 juta, tapi nilainya lebih daripada sekadar nombor – ia bawa nama Malaysia ke pentas dunia automotif.

Kalau Proton jadi kebanggaan nasional untuk rakyat, Bufori pula jadi kebanggaan Malaysia dalam kategori luxury artisan supercar.

Baca : 5 Gearbox paling mahal dalam dunia !

Follow social media ini untuk mengetahui masalah kereta anda supaya tidak rosak di masa hadapan

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories