Transmisi Automatik

Speed Sensor : Kecil-kecil cili api dalam sistem gearbox ?

Apa Itu Speed Sensor ? Speed sensor, atau dalam Bahasa Melayunya “sensor kelajuan”, ialah sejenis alat elektronik yang digunakan untuk mengukur kelajuan putaran

2 minit baca
Speed Sensor : Kecil-kecil cili api dalam sistem gearbox ?

Apa Itu Speed Sensor ?

Speed sensor, atau dalam Bahasa Melayunya “sensor kelajuan”, ialah sejenis alat elektronik yang digunakan untuk mengukur kelajuan putaran gear ataupun roda kenderaan. Ia terletak sama ada di bahagian output shaft gearbox atau berhampiran roda, bergantung pada sistem transmisi sesebuah kereta.

Tapi jangan pandang sebelah mata—walaupun kecil, part ni boleh jadi penyebab kereta tak bergerak dengan normal atau lampu check engine menyala tanpa henti.

Fungsi Utama Speed Sensor Dalam Gearbox

  1. Mengira Kelajuan Kenderaan Sensor ini hantar bacaan kelajuan ke ECU (Engine Control Unit). ECU guna data ni untuk kawal penghantaran gear secara automatik.
  2. Mengawal Penukaran Gear Gearbox automatik sangat bergantung pada bacaan sensor ini. Tanpa bacaan yang betul, gear boleh jadi ‘blur’—tak tahu bila nak naik atau turun gear.
  3. Membantu Fungsi Sistem ABS & Cruise Control Cruise control dan sistem brek anti-kunci (ABS) perlukan data kelajuan untuk beroperasi dengan lancar dan selamat.
  4. Menjimatkan Minyak Bila sensor hantar data tepat, ECU boleh sesuaikan RPM dengan lebih efisien. Hasilnya? Kurang pembaziran bahan api.

Tanda-Tanda Speed Sensor Bermasalah

Kalau salah satu dari simptom ni berlaku, jangan tunggu sampai gearbox rosak besar. Sila periksa speed sensor secepat mungkin.

Speed Sensor Rosak = Kos Melambung?

Betul, jika dibiarkan. Sebab bila sensor ni tak berfungsi, gearbox automatik akan salah baca kelajuan dan boleh menyebabkan kerosakan dalaman, clutch plate cepat haus, gear shift kasar, atau kereta tak bergerak langsung.

Kos tukar sensor mungkin sekitar RM150–RM500 sahaja, mengikut kerosakan. Tapi kalau lagi lama tunggu, anda mungkin kena overhaul gearbox—boleh cecah ribuan ringgit!

Baca : 9 Tanda Gearbox korang nak rosak !

Kesimpulan: Speed Sensor, Si Kecil Yang Menyelamatkan Gearbox

Nak kereta tahan lama? Nak gearbox smooth ? Jangan abaikan speed sensor. Ibarat denyutan nadi pada sistem transmisi, sensor ni lah yang bagi “maklumat kehidupan dan perjalanan” untuk semua komponen gearbox bergerak serentak.

Nak check Speed Sensor Gearbox kereta korang tak ? Klik link ini untuk pertanyaan lebih lanjut

PERTANYAAN MASALAH SPEED SENSOR GEARBOX

Follow social media ini untuk mengetahui masalah kereta anda supaya tidak meragam di masa hadapan

Website : /contact/

Facebook : Dynamic Torque Ventures

Perlu Bantuan?

Ada masalah dengan gearbox kereta anda?

Artikel ini adalah panduan umum. Untuk diagnosis tepat dan kos pembaikan, hubungi pakar gearbox berdekatan anda.

Tanya Pakar Sekarang