Kod Masalah P0843 Honda Civic – Kena Terus Overhaul Gearbox ke ?

P0843 ni bukan kod biasa-biasa. Bila keluar kod ni kat Honda Civic tuan, ia merujuk kepada Transmission Fluid Pressure Sensor/Switch “A” Circuit High.

Dalam bahasa bengkel, maksudnya sensor tekanan minyak gearbox (bahagian A) sedang hantar bacaan yang tak normal – biasanya terlalu tinggi voltan, atau bacaan yang luar dari kebiasaan.

Apa Fungsi Sensor Ni?

Sensor ni bantu “otak” kereta (ECU) baca tekanan dalam sistem hydraulic gearbox. Tekanan ni penting untuk tahu bila nak tukar gear, bila nak hold, bila nak lepaskan — semua ikut ‘mood’ dan ‘feeling’ yang datang dari sensor ni.

Kalau bacaan sensor kacau, gearbox pun boleh jadi pening.

Simptom Bila Dapat Kod P0843

  • Tukar gear rasa kasar atau sentap-sentap
  • Gear lambat masuk
  • Check Engine Light menyala
  • Kereta seolah-olah hilang pick-up
  • Kadang-kadang masuk limp mode (kereta hadkan prestasi)

🛠️ Apa Punca Kod Ni?

  1. Sensor Pressure Rosak
  2. Wiring Bermasalah
  3. Minyak Gearbox Kotor atau Lama
  4. Auto Filter Tersumbat
  5. ECU Bermasalah (jarang berlaku)

🔧 Apa Patut Kita Buat?

  • Scan Semula Guna OBD2. Tak tahu nak scan di mana ? Boleh klik link disini
  • Check Minyak Gearbox
  • Periksa Sensor & Wayar
  • Datang Bengkel Untuk Inspection

Anda tak pasti nak check di bengkel mana ? Meh check dekat sini

💸 Anggaran Kos

ServisAnggaran Harga
Scan + InspectionRM0 – RM50
Tukar SensorRM150 – RM300
Tukar Minyak GearboxRM220 – RM350
Overhaul (jika terlewat baiki)RM3,000++

🧠 Ringkasan

Kod P0843 ialah tanda awal masalah kereta anda. Jangan tunggu sampai masalah jadi lebih teruk.

Baiki awal, jimat banyak.

Kalau anda terlambat anda tindakan, akan jadi seperti video dibawah !

@onextransmissionofficial

Pengguna Honda, ambil perhatian! Masalah gearbox? Kami pakar dalam membaiki transmisi Honda dengan ketepatan & pengalaman. Serahkan kereta anda kepada yang profesional. #HondaMalaysia #bengkelkereta #OneXWorkshop #masalahgearbox #Honda #tipskereta #fyp #fy #xyzabc #foryoupage #foryou

♬ original sound – onextransmission – onextransmission

🛠️ Nak semak simptom atau scan kereta anda ?
👉 Klik sini untuk penyelesaian

Baca : Apa itu Gearbox ? Pengenalan kepada gearbox

Baca : 9 tanda-tanda gearbox anda bermasalah

Follow social media ini untuk mengetahui masalah gearbox kereta anda supaya tidak rosak di masa hadapan

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

Berita Industri & Teknologi Terkini
Bob - Gearbox Specialist

BYD vs Tesla: Siapa Raja EV di Malaysia?

Dunia automotif kini memasuki era kenderaan elektrik (EV), dan dua nama besar sering menjadi bualan – BYD dari China dan Tesla dari Amerika Syarikat. Kedua-duanya

Read More »

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories

Anda ada masalah gearbox?

Isi maklumat anda dibawah, kami akan menghubungi anda dengan segera!

Talian 24/7 jam!