Proton Exora merupakan MPV popular di Malaysia, terutamanya versi yang menggunakan sistem transmisi CVT. Walaupun Proton sudah tidak menghasilkan lagi MPV ini, ia tetap menjadi salah satu MPV yang digemari rakyat Malaysia.
Namun, ramai pemilik mula perasan simptom pelik selepas beberapa tahun digunakan. Salah satu isu utama yang sering timbul? MASALAH GEARBOX.

Tanda-Tanda Awal Masalah Gearbox Exora
Jika anda perasan kereta Exora mula berkelakuan seperti berikut, itu mungkin tanda awal:
- Kereta berat bila mula bergerak
- Ada sentapan yang teruk pada permulaan pergerakan
- RPM naik tinggi, tapi kereta tidak pick-up
- Ada bunyi pelik seperti “ngung” atau “humming” semasa memandu
- Gear terasa tersentak semasa menukar
- Minyak gearbox kelihatan gelap atau berbau hangit
Simptom-simptom ini bukan sahaja mengganggu pemanduan, malah boleh menandakan kerosakan dalaman pada komponen gearbox seperti steelbelt, clutch pack, valve body, atau pulley system.

Perlukah Overhaul Terus?
Tidak semestinya. Kita perlu mulakan dengan pemeriksaan awal. Jika masih boleh dirawat dengan servis biasa atau pertukaran minyak CVT.
Diagnosis yang tepat perlu untuk menjimatkan kos, dengan anda perlu SCAN DAHULU
Tak tahu nak SCAN problem kereta anda dekat mana ? Klik disini
Baca: Fahami Fault Code dengan mudah supaya tidak ditipu
Tetapi jika pemeriksaan menunjukkan kerosakan serius seperti kebocoran tekanan yang teruk pada dalaman gearbox, “primary pulley” jammed, “secondary pulley” calar, steelbelt putus, overhaul adalah jalan terbaik untuk mengelakkan kerosakan berulang.

Dapatkan Pemeriksaan Awal Hari Ini
Jika anda pemilik Proton Exora dan sedang mengalami simptom di atas, jangan tunggu hingga kereta rosak sepenuhnya. Pemeriksaan awal boleh selamatkan kos ribuan ringgit.
Ingin semak simptom dan kos anggaran?
Klik di sini untuk terus WhatsApp kami
Baca : Apa itu Gearbox ? Pengenalan kepada gearbox
Baca : 9 tanda-tanda gearbox anda bermasalah
Follow social media ini untuk mengetahui masalah gearbox kereta anda supaya tidak rosak di masa hadapan
Facebook : One X Transmission
Instagram : onextransmission
Tiktok : onextransmissionofficial