Kalau kita sembang pasal kereta Malaysia, mesti nama Proton atau Perodua yang naik dulu. Tapi, ramai tak tahu sebenarnya Malaysia ada satu lagi jenama kereta yang sangat unik, Bufori – kereta klasik moden yang dibuat dengan tangan, dengan sentuhan seni dari pemikir yang kreatif dan kritis dalam menyerlahkan idea yang luar biasa dalam pembuatan kereta.

Apa Itu Bufori?
Bufori bukan jenama biasa. Ia lahir pada hujung 1980-an di Sydney, Australia, hasil idea tiga beradik Khouri (asal Lubnan, lahir Australia). Nama Bufori sendiri datang daripada singkatan:
Beautiful, Unique, Fantastic, Original, Romantic, Irresistible.
Kereta ni memang lain macam. Dari luar nampak gaya klasik ala 1930-an, tapi dalamnya penuh teknologi moden, enjin power, dan interior mewah setanding Bentley atau Rolls Royce. Setiap unit dibuat custom-made, ikut selera pemilik. Boleh kata Bufori ni macam “tailor-made suit”, tapi dalam bentuk kereta.
Bagaimana Bufori Masuk ke Malaysia?
Awalnya Bufori beroperasi di Australia. Tapi bila masuk era 1990-an, mereka pindahkan operasi ke Malaysia. Kenapa?
- Malaysia buka peluang pelaburan automotif niche – kos buruh mahir lebih kompetitif.
- Kedudukan strategik Asia – dekat dengan pasaran Hong Kong, China, dan Timur Tengah.
- Sokongan kerajaan untuk industri automotif “niche manufacturing”.
Sejak itu, kilang Bufori beroperasi di Kepong, Kuala Lumpur. Menariknya, walaupun ramai orang Malaysia sendiri tak pernah nampak Bufori di jalan raya, jenama ini sebenarnya dieksport ke luar negara untuk golongan VIP dan kolektor.
Model-Model Bufori Yang Popular
- Bufori MKI, MKII, MKIII – roadster klasik gaya 1930-an.
- Bufori La Joya – coupe sport dengan aura retro-luxury.
- Bufori Geneva – dilancarkan di Geneva Motor Show 2010, limousine ultra-mewah buatan tangan, siap ada bar kecil dalam kereta.
Kenapa Bufori Istimewa ?
- Buatan tangan – setiap unit ambil masa berbulan untuk siapkan.
- Eksklusif – jumlah pengeluaran sangat terhad, kadang-kadang hanya beberapa unit setahun.
- Malaysia made – walaupun nampak “European luxury”, realitinya ia keluar dari kilang di Kuala Lumpur.
Bufori salah satu kebanggan negara kita !
Bufori mungkin bukan kereta rakyat macam Proton, tapi ia bukti bahawa Malaysia juga mampu hasilkan kereta yang unik, mewah, dan bertaraf dunia. Kalau Proton lambang kereta nasional, Bufori pula lambang kereta artisan Malaysia yang penuh seni.
Follow social media ini untuk mengetahui masalah kereta anda supaya tidak rosak di masa hadapan
Facebook : One X Transmission
Instagram : onextransmission
Tiktok : onextransmissionofficial