9 Tanda-tanda Gearbox Kereta Anda Bermasalah ! Cepat ambil tindakan sebelum anda rugi ribuan ringgit. 

Gearbox merupakan salah satu komponen penting dalam kereta yang berfungsi untuk menukar gear dan memastikan pemanduan yang lancar. Namun, seperti komponen lain, gearbox juga boleh mengalami kerosakan jika tidak diselenggara dengan betul. Berikut adalah 9 tanda-tanda bahawa gearbox kereta anda mungkin bermasalah:

1. Masuk Gear D atau R Lambat Respon

Pernah tak alami situasi bila anda tukar gear ke D (Drive) atau R (Reverse), tapi kereta lambat bertindak balas? Kadang-kadang terasa seperti sentakan kecil berlaku. Ini mungkin petanda awal bahawa gearbox anda sudah mula mengalami masalah.

2. Kereta Rasa Hilang Kuasa pada Kelajuan 90-100 km/h

Bila anda memandu dan perasan kereta tak boleh melepasi kelajuan 90-100 km/h, kemungkinan besar gearbox sedang ‘merajuk’. Ini boleh disebabkan oleh gear yang tak berfungsi dengan baik, menyebabkan kuasa enjin tak dapat dihantar sepenuhnya ke roda.

3. Jerking pada Kelajuan 70-80 km/h

Sekiranya kereta anda mula bergegar, jerking, atau menyentap pada kelajuan 70-80 km/h, ini adalah tanda bahawa peralihan gear tak berjalan lancar. Biasanya, ini berlaku apabila gearbox tidak dapat menukar gear dengan sempurna. Kebiasaanya, “jerking” ini berlaku kerana ketidakstabilan tekanan di dalam gearbox, disebabkan oleh seal getah dalaman gearbox sudah keras.

4. Bunyi pada Kelajuan 60-70 km/h

Dengar bunyi pelik keluar dari bahagian bawah kereta? Ini mungkin disebabkan oleh bearing dalam gearbox yang sudah haus. Pada kelajuan 60-70 km/h, bunyi ini mungkin lebih jelas, memberi petanda bahawa gearbox memerlukan perhatian segera.

5. Lampu Amaran “AT” Menyala pada Kelajuan 80-90 km/h

Lampu amaran “AT” yang menyala pada panel meter ketika memandu pada kelajuan 80-90 km/h adalah satu lagi petanda bahawa ada masalah pada gearbox. Jangan abaikan tanda ini, kerana ia mungkin menunjukkan masalah serius yang memerlukan pemeriksaan segera.

6. Kurang Rasa Pickup Semasa Mendaki Bukit

Bila mendaki bukit, dan kereta terasa kurang bertenaga atau terlalu berat, ia mungkin disebabkan oleh gearbox yang tidak berfungsi dengan baik. Masalah ini akan lebih ketara apabila gearbox tidak dapat menukar gear dengan sempurna.

7. Kereta Mati Bila Masuk Gear R atau D

Ini adalah tanda masalah yang serius. Jika kereta mati setiap kali anda cuba tukar ke Gear R atau D, ini bermakna gearbox mungkin mengalami kerosakan yang kritikal. Sebaiknya, jangan tunda untuk hantar kereta anda ke bengkel.

8. Minyak Gearbox Cepat Berubah Warna

Minyak gearbox yang sihat biasanya berwarna merah cerah. Jika ia mula kelihatan gelap atau kehitaman, itu tanda minyak telah tercemar dan mungkin kehilangan keupayaan melindungi komponen dalaman. Ini boleh berlaku apabila kenderaan mengalami panas berlebihan, kehausan dalaman, atau kelewatan jadual servis.

Pastikan minyak gearbox ditukar secara berkala mengikut saranan pengeluar kenderaan, dan gunakan minyak yang berkualiti bagi menjamin kelancaran dan jangka hayat sistem transmisi anda. Pemeriksaan awal terhadap warna dan bau minyak juga boleh membantu mengesan masalah sebelum jadi lebih serius.

9. Peralihan Gear Tak Lancar dan Ada Sentapan

Setiap kali anda menukar gear, jika terasa seperti ada sentapan atau peralihan gear tidak lancar, ini adalah tanda bahawa gearbox mungkin sedang bermasalah. Gearbox yang sihat sepatutnya menukar gear dengan lembut dan tanpa sebarang masalah.

Jadi, apa tindakan kita jika tanda-tanda ini berlaku ?

Jika anda mengalami satu atau lebih tanda-tanda seperti di atas, eloklah periksa kenderaan anda seawal mungkin.

Gearbox merupakan komponen penting, dan masalah kecil yang dibiarkan boleh menjadi kerosakan besar tanpa disedari.

Pemeriksaan awal boleh menjimatkan kos, masa, dan mengelakkan situasi kecemasan di jalan raya.

Tak tahu nak periksa periksa dekat mana ? Boleh hubungi nombor ini untuk sebarang pertanyaan dan masalah

Boleh juga follow social media ini lebih lagi info berkenaan kereta kesayangan anda !

Facebook : One X Transmission

Instagram : onextransmission

Tiktok : onextransmissionofficial

Tag Post :
Share This :

BLOG TERKINI

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories