Apakah Kolej dan Universiti TVET Pertama Di Malaysia?

Perkembangan & Hala Tuju Masa Hadapan Dalam Dunia Automotif

🔍 TVET Bukan Sekadar Alat — Ia Akar Umbi Industri

Bila kita sembang pasal industri automotif — dari mekanik gearbox sampai ke jurutera EV — semuanya bermula dari pendidikan teknikal yang betul.

Sebelum ada ECU, OBD2, atau CVT, Malaysia dah pun mula bangunkan sistem pendidikan kemahiran. Dan kat sinilah bermula kisah TVET pertama negara.

📚 Siapa Yang Paling Awal ?

1. Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh – Ditubuhkan pada 1969

Politeknik pertama Malaysia
✅ Dibangunkan hasil kerjasama Malaysia – UNESCO – UNDP
✅ Fokus awal: melahirkan juruteknik dalam bidang elektrik, mekanikal & automotif
✅ Hari ini: Masih jadi rujukan dalam pendidikan vokasional & teknikal negara

Kalau kau pomen berpengalaman yang power hari ni — besar kemungkinan kau pernah dengar nama PUO.

2. Institut Latihan Perindustrian (ILP) – 1970-an

✅ Ditubuhkan bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
✅ Kursus lebih fokus kepada hands-on skill
✅ Menyediakan tenaga kerja mahir untuk industri berat & bengkel automotif

3. GiatMARA – 1986

✅ Fokus kepada latihan kemahiran asas & mikro, terutamanya luar bandar
✅ Banyak melahirkan pomen, tukang paip, dan juruteknik permulaan
✅ Sampai hari ni, GiatMARA masih jadi laluan pantas untuk anak muda masuk bidang kemahiran

Dari Kolej ke Universiti TVET — Evolusi Seterusnya

Kalau dulu TVET ni sinonim dengan ‘kolej kemahiran’, hari ni dah ada Universiti TVET pertama Malaysia:

🏫 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

➡️ Diumumkan sebagai universiti ekosistem TVET pertama Malaysia pada tahun 2021
➡️ Bawa status ‘University of Technology’ dengan hala tuju penuh teknikal
➡️ Fokus pada program kejuruteraan, pembuatan, automotif & teknologi industri 4.0
➡️ Jadi simbol bahawa TVET bukan lagi laluan “kelas kedua” — tapi pilihan elit untuk kerjaya sebenar

Apa Kaitan Semua Ini Dengan Dunia Gearbox?

Kalau kita nak lahirkan:

  • Pakar diagnostik gearbox automatik
  • Mekanik transmisi CVT hybrid/EV
  • Jurutera sistem shift-by-wire
  • Ahli Inovasi dalam membina smart transmission AI system

… maka akar dia ialah sistem TVET. Bukan semua benda boleh diajar dalam universiti teori semata. Dunia gearbox perlukan jiwa, tangan, telinga, dan otak yang kreatif dan berinovasi atas pengalaman, dan sentiasa beradaptasi dengan teknologi baharu — bukan nota semata-mata.

📈 Hala Tuju Masa Depan TVET Dalam Industri Automotif

Kolaborasi dengan OEM & Industri 4.0

TVET kini mula rapatkan jurang dengan pemain industri seperti Perodua, Proton, dan vendor automotif. Dan juga Jenama besar dari China seperti BYD. Ada pelajar yang buat praktikal terus dalam assembly line atau R&D lab.

Automasi, Data & Diagnostik

Pelajar TVET generasi baru akan diajar guna scanner OBD2, software diagnostik, serta analisa data fault code – untuk menjadi mekanik yang lebih berkarisma dan ada kredibiliti.

Skim Kerjaya Lebih Terbuka

Dulu masuk TVET kerja bengkel je? Sekarang boleh jadi trainer, quality inspector, atau start bengkel sendiri dengan modal & skill.

Sekarang, TVET bukan untuk orang “low-class”

Politeknik Ungku Omar mungkin permulaan, tapi masa depan TVET Malaysia dah semakin berkembang. Lebih lebih lagi dengan Zaman Kecerdasan Buatan (AI).

Dengan Dasar TVET Negara yang akan terus menggalakkan pelajar dan anak muda, menjadi manusia yang sentiasa produktif dan inovatif dalam menggerakkan ekonomi Malaysia terus gemilang di persada Antarabangsa

Kita tak lagi bercakap soal ‘belajar kemahiran sebab tak dapat universiti’. Belajar TVET bukan sebab pilihan kedua, bukan untuk orang yang “low-class” Hari ni, kita cakap pasal:

“Belajar TVET sebab aku nak jadi pakar dalam apa yang aku buat.”

Dan kalau anda minat kereta, automasi dalam automotif, minyak hitam, CVT serta suka berinovasi dalam dunia Transmisi, — ini mungkin laluan kerjaya yang anda cari.

Share This :

Facebook
Twitter
Email
WhatsApp

BLOG TERKINI

GEARBOX BERMASALAH?

Kami sedia bantu dengan pemeriksaan teliti & penyelesaian pakar!

Categories